Friday, November 29, 2013

KENAPA KAMI TINGALKAN ANWAR IBRAHIM

sambungan.

ZULKEFLI NOORDIN
Peguam Anwar dan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru.

Serik Ditipu Anwar.

Zulkefli diantara yang pertama membela Anwar Ibrahim yang berdepan dengan kes liwatnya pada tahun 1998, beliau bukan sahaja bersungguh-sungguh  mempertahankan bekas Timbilan Perdana Menteri itu malah sangup menghadapi pelbagai risiko termasuklah disumbat dalam kurungan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA ).

Zulkefli sangup berbuat apa sahaja untuk Anwar dan pernah  digelag panglima semasa dalam tahanan di bawah ISA kerana begitu taksub dengan bosnya itu, tetapi itu dulu kini beliau sudah pusing 360 darjah daripada penyokong dan pembela Anwar dan kini turun padang merata tempat untuk menentang bekas idolanya itu.

Akhirnya Zulkefli menjadi Ahli Parlimen Bebas di Kulim Bandar Baru kerana meningalkan Parti Keadilan  dan Anwar Ibrahim dan menentang habis-habisan pakatan pembangkang.

Sebabnya Zulkefli tidak mahu ditipu, dibohongi  dan diperdaya lagi dan tidak mahu rakyat memberi sokongsn kapada Anwar yang disifatkannya orang yang paling tidak layak menjadi  pemimpin apatah lagi bergelar Perdana Menteri.

Katanya bukan beliau sahaja yang tidak mahu lagi bersama-sama ketua pembanhkang itu malah  kesemua lapan lagi peguam bela yang mempertahankan Anwar dalam kes liwat pertama,  tidak lagi bersamanya didalam kes liwat Saiful Bukhari Azlan.

Zulkefli juga  meminta orang ramai berfikir kenapa semua sembilan orang peguam yang membela Anwar pada 1998 tidak kembali membantunya dalam kes liwat 2008 melibatkan Saiful yang juga bekas kakitangannya.

Anwar pembohong, dia tipu dulu saya percaya, dua belas tahun  saya kena tipu kata Zulkefli, tetapi Tun Dr. Mahathir kena tipu selama 20 tahun. beliau memberi tahu samasa ceramahnya anjuran Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) dan Rukun Tetangga Jubli Perak di Bandar Baru Bangi Disember 2011.

Kini Peguam Anwar yang diketuai oleh Karpal Singh kebanyakan terdiri dari bukan Islam, dalam ceramahnya itu Zulkefli  mendedahkan  pelbagai pembohongan seperti kes 16 September yang di ura-urakan sebagai tarikh pengambilan Putrajaya, majlis angkat sumpah diIstana Negara dan kononnya pihak angkatan Tentera juga berada dibelakang pakatan pembangkang.

Zulkefli juga menceritakan bagai mana Anwar pernah mendawa Allahyaraham Tun Ghafar Baba mahu menemui beliau kerana mahu mohon maaf, apabila  saya ( Zulkefli) tanya pada Zahid Md.Arif (cucu) Tun Ghafar Baba  zahid kata memang dia yang atur temujanji tetapi Anwar yang mahu mohon maaf kerana melawan Tun Ghafar Baba dalam UMNO, akhirnya Zahid minta datuknya batalkan sahaja pertemuan itu.

bersambung cerita Zulkefli Nordin

1 comment:

  1. Harrah's Casino in Council Bluffs - Mapyro
    Get directions, 논산 출장마사지 reviews and information for Harrah's 청주 출장안마 Casino 영천 출장안마 in Council Bluffs, IA. 2. Harrah's 양산 출장안마 Casino Council Bluffs 김제 출장샵 IA.

    ReplyDelete