Thursday, August 11, 2011

ANTARA DULU DAN SEKARANG 3

MENGULINGKAN KERJAAN.


Apabila Jepun menyerang Tanah Melayu maka ramailah orang-orang cina di negeri ini khasnya yang menjadi anggota PKM telah masuk hutan untuk meneruskan perjuangan mereka menentang Jepun pula sekalipun tujuan dan cita-cita mereka yang utama ialah untuk menghapuskan penjajahan Inggeris di negara ini dengan tujuan mereka dapat memerantah negeri ini (komunis).

Menjelang kekalahan Inggeris di tangan Jepun, pehak pemerintah Inggeris telah membebaskan semua orang-orang komunis yang ada didalam tahanan dengan harapan mereka akan berkerjasama dengan Inggeris bagi menentang Jepun.

Pehak inggeris merancang untuk mempergunakan PKM supaya turut sama berganding bahu dengan mereka untuk menentang Jepun, malah inggeris membantu komunis yang bergerak di bawah MPAJA itu dengan pegawai-pegawai tentera Inggeris dari pasukan 136.

Pasukan komunis yang berjuang di bawah nama MPAJA sebenarnay mereka sudah merancang penubuhan Kerjaan Republik Rakyat Malaya, cita-cita dan rancangan mereka ini diharap akan dapat dilaksanakan sebaik-baik tamat sahaja pendudukan Jepun.

Lia Tak, Setiauseha Agung PKM telah mengeluarkan arahan supaya dibentuk kesatuan-kesatuan sulit dari MPAJA dan kesatuan-kesatuan sulit ini hendaklah tersembunyi dari sebarang perhubungan dengan pasukan 136. Senjata-senjata yang mereka terima dari pasukan 136 dan dari pehak Inggeris hendaklah di sembunyikan bagi kegunaan perjuangan mereka setelah tamat pendudukan Jepun kelak.

Apabila Jepun menyerah kalah kepada pehak Inggeris setelah pengeboman keatas Nagasaki dan Hiroshima oleh Amerika Syarikat, MPAJA sudah ada lapan rejimen tenteranya dan tiap-tiap rejimen mengandungi seramai satu ribu orang tentera.

bersambung

Tuesday, August 9, 2011

ANTARA DULU DAN SEKARANG 2

MENGULINGKAN KERJAAN.


Beberapa tahun kemudian dalam tahun 1930, Comintern ( Communist International ) telah mengambil keputusan untuk memperhebatkan lagi kegiatan-kegiatan komunis di Tanah Melayu, maka sebuah Parti Komunis yang tungal bagi seluruh Tanah Melayu perlu di tubuhkan.

Berikutan lahirlah apa yang dinamakan Parti Komunis Malaya (PKM) PKN ini mempunyai ibupejabatnya di Singapura dan terletak dibawah pengawasan langsung Comintern yang mempunyai markas Wilayah di Hong Kong bukan lagi dibawah Parti Komunis Cina.

Di sepanjang tahun 1930an anasir-anasir komunis di Tanah Melayu telah menjalankan kegiatan-kegiatan mereka iaitu dengan menyusup masuk ke dalam pertubuhan-pertubuhan buruh dan pertubuhan-pertubuhan belia, mereka menaburkan sentimen anti pemerentah di kalangan pemuda-pemuda dan buruh-buruh serta mendorong mereka supaya mengadakan ancaman-ancaman terhadap pemerantah.

Antara 1936 - 37, terdapat beberapa pemogokkan besar-besaran dikalangan kaum buruh di Tanah Melayu dan Singapura, akibatnya ramai anggota pertubuhan buruh telah di tangkap oleh pemerentah. Buat sementara ancaman-ancaman dan kegiatan-kegiatan komunis telah menjadi reda. Malah pengaruh mereka pun turut merosot.

Malah pengaruh Komunis ini mula hidup kembali khasnya di kalangan orang-orang Cina apabila meletus perang antara Jepun-Cina dalam tahun 1937. Komunis telah menitik beratkan nasionalisama Cina dan menghubungkanya dengan ideoloji komunis untuk memenangi hati dan sokongan orang-orang di negeri ini.

bersambung.



Monday, August 8, 2011

ANTARA DAHULU DAN SEKARANG

MENGULINGKAN KERJAAN

Pada tahun 1948 Parti Kominis Malaya ( PKM ) melancarkan pemberontakan bersenjata terhadap pemerintah di Tanah Melayu pada pertengahan tahun 1948, menyebabkan Kerjaan Tanah Melayu mengistiharkan darurat bagi seluruh negeri didalam tahun yang sama.

PKM mengunakan cara kekerasan untuk mengulingkan kerjaan Inggeris untuk menubuhkan sebuah kerjaan Komunis ala Republik. cara ini ternyata tidak mendapat simpati dan sokongan rakyat negeri ini. rakyat menjadi bertambah benci dan bertambah takut dengan cara-cara kekerasan seperti yang di gunakan oleh orang-orang komunis itu.

Fahaman komunis mula masuk ke tanah Melayu pada pertengahan bahagian pertama abad keduapuluh. Apabila parti kumintang mencapai satu persetujuan dengan parti Komunis Cina (dinegeri Cina) maka cawangan-cawangan parti koumintang yang terdapat di Tanah Melayu ini pun mulalah diresapi oleh anasir-anasir komunis.

Apabila Chiang Kai Shek membubarkan persetujuan dan kerjasama dengan Parti Komunis Cina yang dipimpin Mau Tse Tung, maka anasir-anasir komunis pun tidak lagi dapat bergerak didalam cawangan-cawangan Parti Koumintang baik yang di negeri Cina sendiri mahu pun yang di Tanah Melayu.

Akibatnya Parti Komunis Cina terpaksa menubuhkan pertubuhannya sendiri bagi mengembangkan fahaman Komunis di Asia Tenggara, dan tak lama kemudian muncullah pertubuhan komunis bagi Asia Tenggata dikenali dengan Parti Komunis Nayang.

bersambung.