Esok YAB Dato Sri Najib UMNO akan berucap buat pertama kali sebagai Presiden UMNO, munkin akan menyentuh tentang pindaan perlembagaan UMNO.
Buat pertama kali dalam sejarah kuasa memilih pemimpin tertinggi diserah kapada ahli perengkat bahagian atau cawangan, untuk mengelakkan dan mengurangkan politik wang yang sanggat menular didalam kalangan ahli UMNO.
Kalau sebelum ini perwakilan yang akan mewakili bahagian sanggup berhabisa hingga beberibu untuk mendapatkan menjadi wakil bahagian ke persidangan Agong UMNO, apabila menjadi perwakilan mereka sangup memamjat kemana sahaja untuk mencari balik belanja yang telah dihabiskan semasa berkempen di bahagian.
Dengan adanya pindaan tersebut seratah kira dapat memgurangkan perebutan untuk menjadi perwakilan ke persidangan Agong UMNO, dan bagi mereka yang menawarkan diri pun tidak sangup membeli undi sahingga ke perengkat cawangan.
Bagi yuran ahli akan dijadikan yuran seumor hidup, ini dapat mengelakkan daripada penguasaan
ketua cawangan menepoli ahli yang dia bayar sahaja yang layak menghadiri masyuarat Agong cawangan. selepas ini semua ahli didalam cawangan layak menghadiri masyuarat.
Sebelum ini terdapat segelintir ketua-ketua cawangan membayar yuran ahli hanya orang yang dia suka sahaja, bagi orang yang merasakan ada saingan untuk mencabarnya menjadi ketua cawangan ia tidak bayarkan yurannya, apabila sampai masa masyuarat orang berkenaan tidak layak menghadiri masyuarat kerana yuran tidak berbayar.
Banyak lagi pindaan yang akan dipinda demi perubahan dalam UMNO,
Tetapi yang penting sekali ialah SIKAP ahli UMNO itu sendiri, hari ini kita dapati keikhlasan
segelintir pemimpin muda UMNO itu sendiri boleh di pertikaikan, kerana mereka ingin mencari
kekayaan didalam UMNO, sebab itu mereka sengup berhabis demi untuk mendapatkan tempat,
apabila sudah ada kedudukan mudahlah bagi mereka mencari kekayaan, sedangkan ektiviti untuk ahli tidak di indahkan dan hanya akan muncul apabila ada pertandingan merebut AJK.
Presiden mengharapkan supaya semangat UMNO dahulu di hidupkan semula, bagai mana mereka dahulu berjuang dengan keringat dan air mata serta wang ringgit demi mencapai kemerdekaan dan selepas merdeka bagai mana mereka mengisi kemerdekaan dengan semangat
juang yang tidak memikirkan kepentingan peribadi.
Diatas perjuangan mereka yang lalulah hari ini kita dapat menikmati kehidupan yang sempurna
dan keselesaan, dan apa pula jasa kita yang harus kita tingalkan untuk anak cucu kita nanti, setakat ini masih tidak nampak apa yang akan kita tingalkan untuk mereka nanti. Yang dibimbangkan kita tingalkan kan untuk mereka orang Melayu yang berpecag belah sesama sendiri, negara ini di perentah oleh orang lain, melayu akan jadi menoriti. pendatang akan menguasai negara ini balik seperti 1511 bagaimana pertugis mengambil melaka.
SLM BRO..UMNO XDE PILIHAN KE 2 ATAU KE 3..MASA DEPAN NEGARA TERLETAK DI TGN RAKYAT SENDIRI. OLEH ITU UMNO KENE GEMBELING KUDRAT 4 KERAT DARI SKRG ATAU KEHILANGAN KUASA UTK SELAMA2NYA
ReplyDelete