Perpatah melayu menyatakan tinjau belukar, kalau dilihat dari jauh memang cantik tetapi apabila kita berada disitu apa yang kita dapati tak sama apa yang kita tengok dari jauh, penoh dengan semak samun.
Indah kabar dari rupa, kalau kita dengar ceritanya sangat hebat, tetapi bila berada didalamnya baru kita tau rupanya berserabut.
Inilah yang berlaku dalam Pakatan.
Masing-masing membawa haluan sendiri berpegang kapada kehendak sendiri, yang menjadi mangsa ialah rakyat, DAP dengan cara nya PKR dengan caranya dan PAS dengan helahnya, nama sahaja pakatan tetapi tidak sehaluan.
Pengakuan terbuka oleh Penasihat DAP Lim Kit Siang, keyakinan rakyat terhadap pembangkang semakin menurun, kerana pemimpinnya gagal melaksanakan tanggongjawab dengan baik.
Kalau dulu menuduh BN gagal, tetapi itu hanya lah tuduhan untuk mandapatkan simpati dan sokongan rakyat, tetpi hari ini mereka sendiri mengaku kelemahan mereka, oleh itu rakyat seharusnya berfikir dan boleh menilai kemampuan mereka dangan BN yang telah lama membuat jasa dan berkhidmat dengan rakyat.
Bumi mana yang tak ditimpa hujan laut mana yang tak bergelora selagi kita manusia tentu akaan melakukan kesilipan. takkan panas setahun hilang begitu sahaj dik kerana hujan sehari.
DAP memperjuangkan Meleysen Malaysia yang diasaskan Malayen Union semasa zaman penjajah. PKR memperjuangkan keadilan rakyat semua bangsa mendapat hak yang sama. PAS perjuangkan Islam untuk semua, nak tubuh negara Islam sebagai asas perjuangan tetapi ditentang oleh DAP dan bukan melayu dalam PKR.
Bagi BN negara ini sudah lama menjadikan negara ini negara Islam dan di iktiraf oleh negara-negara Islam didunia ini, cuma Pas sahaja yang tak terima, satu masa dulu selogan Pas dalam pilihanraya kalu kita dapat perantah sebelum ayam berkokok kita laksana hukum Islam.
Apabila Allah memberi mereka Kelantan dan Trengganu sahingga kini pun tak tecapai, semasa Pas Perantah Trengganu beberapa pemimpin Pas pergi ke negara Sudan berjumpa dengan pemimpin negara tersebut untuk mendapatkan panduan untuk hukum Hudud, kerana Negara Sudan telah mengistiharkan nak laksana Hudud.
Tetapi gagal kerana Sudan hanya istihar sahaja
dan tindak mempunyai draf tersebut, pemimpin Sudan menyatakan mereka tak boleh nak laksana hukum tersebut kerana rakyat mereka terlalu ramai yang miskin, Pemimpin Pas Trengganu ketika itu balik dengan tangan kosong.
Sekarang PAS sedang bergolak diantara puak Nik Aziz yang didalangi oleh Anwar Ibrahim dengan kumpulam Presiden Pas Timbilan serta Setiauseha, Anwar takutkan Pas bembuat persetujuan kerjaan campuran, kerana Anwar terlalu bergantung dengan Pas, sebab itu Hi Hadi
tidak berapa melayan Anuar kerana Hj Hadi tau siapa Anwar Ibrahim,Nik Aziz pon tau tetapi kerana politik pribadi terus mempertahankan walau pon bertentangan.
Kita fikirkan lah.
Salam bro, sebab itu orang tua-tua selalu berkata, hendak melihat sesuatu benda jangan hanya dengar dan lihat dari jauh sahaja........
ReplyDelete