Monday, October 26, 2009

BANGKAI GAJAH TIDAK BOLEH DITUDUNG

Hari ini sudah terserlah kepincangan didalam PAS yang selama ini ibarat api didalam sekam tunggu masa untuk terbakar. Dato Nik Aziz sudah tidak dapat menahan lagi desakan yang telah dijolok pungungnya oleh kumpulan edogan, yang merasakan kedudukan mereka didalam Pas semakin hari semakin tidak mendapat sokongan.

Anwar Ibrahim terlalu bergantung kapada Nik Aziz untuk memberi sokongan Pas terhadap PKR dan PR, Anwar sangup berbelanja wang ringgit untuk PAS kelantan memenangi pilihanraya, sebab itu Nik Aziz bermati-matian pertahankan Anwar walau pon tau kesumbangan perangai Anwar tetapi oleh kerana mulut dan Pas Kelantan telah tersumbat maka Nik Aziz sangup mempertahankannya, menghalalkan apa yang haram.

Itulah pendirian saorang yang digelar Tok Guru sangup menghalalkan yang haram demi kepentingan politik peribadinya. Sebagai mana kata mantan PM Tun Dr. Mahathir sepatutnta Nik Aziz sudah mengundurkan diri, memberi laluan kapada gulungan muda pelapis, tetapi kerana merasakan orang lain tidak sehebatnya dalam segala hal termasuk ilmunya yang tiada siapa boleh menandinginya.

Yang menghairankan tidak ada saorang dalam PAS yang sangup menyangah pendapatnya walaupon bertentangan dengan agama dan peradaban melayu.

Inilah sebabnya parti yang berasaskan Dendam dan bukan kerana Allah.

1 comment:

  1. Salam bro, tidak kiralah apa, siapa, politik mana dan di mana sekali pun, perumpamaan, kiasan 'bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan nyiru' telah berubah dalam era global ini.....

    'Bangkai gajah boleh ditutup dengan duit kertas' terlalu popular di zaman sekarang...... lhat sahaja akan kebenarannya.....

    ReplyDelete