Monday, February 14, 2011

PERGINYA SAORANG GURU DAN SAHABAT

YB. ABANG ZAHAR.


Seratah mula mengenalinya pada awal tahun 1976 dalam satu kursus beliau merupakan salah saorang fasililator, beliau merupakan saorang terkenal dengan cara yang garang, kebanyakkan peserta semua membencinya.

corak kursusu pada ketika itu menjuruskan kekuatan mentel, seratah sentiasa berhujah dengannya dalam sesuatu isu, rupanya secara tak lansung pengajaran telah diterapkan kapada seratah dalam masa berhujah.

Bermula selepas itu seratah sentiasa bersahabat dan banyak kali seratah bersamanya dalam mengandali kursus-kursus, dari kemasa kemasa seratah banyak berlajar dengan beliau, beliau merupakan saorang yang kuat nasionalisnya beliau pernah bersama dengan Allahyaraham Tun Razak dan Tan Sri Gahzali Shafee.

Sebab itu YAB Dato' Sri Najib menyatakan beliau banyak memberi pandangan dan nasihat semasa menjadi MB Pahang dulu, Aruah Abang Zahar terkenal dalam kalangan sahabat saorang tegas dan tegurannya tajam, kalau tak tahan memang sangat terasa, tetapi kalu difikirkan dan kaji apa yang di perkatakan pengajaran yang sangat baik dan berguna.

Allahyaraham saorang yang berani, tetap menegur kesilapan yang dilakukan oleh pemimpin, termasuk bekas Perdana Menteri Pak Lah, teringak seratah dalam satu perjumpaan tertutup bersama Pak Lah beliau secara hormat menegur kelemahan Pak Lah.

Seratah juga selalu merujuk kapadanya dalam banyak hal, tetapi hari seratah telah hilang saorang sahabat dan saorang guru, semoga Allah mencucuri rahmat diatas rohnya dan diletak bersama orang-orang yang soleh amin.

No comments:

Post a Comment