Friday, January 17, 2014

MENGAPA KAMI TINGGALKAN ANWAR IBRAHIM

sambungan.

Datuk Seri Zaharin Mohamed Hashim
Bekas Ahli Parlimen Bayan Baru P. Pinang.


Zaharin turut menarik perhatian  mengenai janji Anwar untuk membentuk kerjaan pada 16 september 2008, itulah penipuan membohongi  menipu dan menyeleweng pemikiran rakyat, jadi rakyat sebenarnya sudah tertipu, termasuk saya, sebab sebelum PRU 2008 Anwar menonjolkan dirinya sebagai penyalamat negara, dengan harapan  diberikan  kapada rakyat untuk terima dia  sebagai pemimpin, tetapi sekarang nampak jelas berbohong.

16 September itu jelas, sebabnya bukan sahaja kami dalam PKR yang gembira mendengar pelan peralihan ASnwar untuk mengambil alih kerjaan, malah semua penyokong dan pengundi PKR pun gembira.

Tetapi apabila 16 September tidak berlaku, itu sudah menunjukkan dia (Anwar) ini penipu dan orang yang menaruh harapan ini telah ditipu, apa penjelasan Anwar dalam hal ini? sampai sekarang tidak ada penjelasan semasa saya dedahkan dalam Parlimen mengenai pelan 16 september dan semasa saya mengumumkan keluar parti pun, itulah pekara pertama yang saya utarakan, ini bermakna saya konsisten.

Sampai hari ini saya tak dapat penjelasan daripada Anwar. Dia bertanggungjawab untuk menerangkan kapada penyokongnya dan rakyat Malaysia tentang apa sebenarnya yang berlaku pada 16 september, kalau dia tak boleh terangkan dan beri fakta yang ada, dia pembohonglah.

Menurut Zaharin, dasar-dasar yang tidak konsisten dalam pembangkang semankin terserlah, beliau memberi contoh, semasa menjadi pengerusi PKR Pulau Pinang beliau telah diarah oleh Anwar supaya saya tidak tunduk kapada DAP.

Tetapi selepas memenangi ( lima negeri) pilihan raya lalu dia (Anwar) boleh beri tahu saya sekarang kita lupakan PAS, kita mesti berkerjasama dengan DAP sebab kita ada agenda yang lebih besar lagi, jadi bermakna Anwar ini, satu hari cakap lain dan hari berikutnya akan cakap lain pulak, lusa pula dia akan kata kita akan terus berkerja sama dengan PAS, ini apa cerita, yang jelasnya dia cakap tak serupa bikin dan berbohong, katanya.

Ditanya apa pesanan kapada pemimpin-pemimpin pembangkang yang dianggap telah terkeluar dari landasan perjuangan asal, Zaharin berkata, Kapada Pas dan PKR bukalah mata apa yang saya katakan ini tidak ada kaitan dengan meterial atau sesetengah dakwan mengatakan saya ini gelojoh.

Saya tidak ada niat nak jadi PM, bukan tujuan saya nak terlibat dalam politik untuk merampas kuasa dalam pentadbiran kerjaan, isunya kita mahu membetulkan keadaan negara  dan ini bukan kerja saya seorang, ini memerlukan useha semua pehak  terutama yang terlibat  dalam politik kata beliau.

Kata Zaharin lagi, Kapada pembangkang jangan terlalu kotor dalam berpolitik kerana tindakan itu akan hanya merosakkan negara, anda sebagai seorang ahli politik perlu bertanggungjawab dengan setiap kenyataan yang dikeluarkan, jangan menipu rakyat supaya percaya kapada sesuatu peakara yang tidak benar  atau tidak akan wujud seperti 16 september, kalau pemimpin itu kaki pembohong, dan ada sokongan pemimpin yang pembohong, maka PKR, Pas dan Dap juga membohongi rakyat.

sekian dari Datuk Zaharin.

Ulasan Seratah:  terlalu banyak pembohongan yang dilakukan oleh Anwar kenapa ramai dikalangan pengikutnya terlalu percaya kapadanya, bagitu juga dengan PAS, dah terang-terang Anwar tak sukakan PAS yang di cerita bukan sahaja oleh Datuk Zaharin malah ramai lagi pemimpin PKR yang keluar dari PKR menyatakan pekara yang sama tentang Anwar tak percaya kapada PAS, kenapa Pas masih percaya kapada Anwar, adalah lebih baik bersendiri seperti dahulu agar Pas lebih diyakini oleh masyarakat,
wahai pengikut PAS  bersatulah bersama UMNO.

No comments:

Post a Comment