Monday, September 12, 2011

PERBEZAAN DULU DAN SEKARANG.

sambungan.

Hendak Mengulingkan Kerjaan.


Pehak komunis terus menjalankan gerakan-gerakan suversif dan gerakan-gerakan melumpihkan ekonomi negara, Pengurus-pengurus dan buruh-buruh yang bertugas di lombong-lombong bijih timah dan ladang-ladang getah sentasia menjadi sasaran komunis.

Kiranya mereka berjaya melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu maka keadan kucar kacir sudah akan timbul timbul, mereka mengharapkan susana sebegini terjadi kerana menguntungkan mereka, dengan mudah mereka dapat menyebarkan dakyah-dakyah menabur rasa benci terhadap pemerentah dikalangan rakyar jelata.

Pehak pemerentah mula menambahkan jumlah anggota-anggota keselamatan, disampin anggota tentera dan angota polis biasa, pasukan polis khas juga di tubuhkan.

Pehak keselamatan mula menyerang dan mencari tempat-tempat persembunyian komunis di hutan-hutan memburu mereka.

Matalamat mereka (KOMUNIS) untuk menjadikan negeri ini sebuag republik demokratik rakyat malaya, Dengan Selogan.

REVOLUSI PERJUANGAN RAKYAT, PERLEMBAGAAN RAKYAT, MAHKAMAH RAKYAT, SUARA RAKYAT, KEADILAN RAKYAT,.

Selogan ini selalu di laungkan ketika ini dalam ceramah pembangkang terutama Dato Sri Anwar selalu menyebut KETUANAN RAKYAT, ini ada lah seruan dan selogen KOMUNIS. Benar apa yang di ucapkan oleh Tim Presiden Pas Mat Sabu, Komunis perjuang kemerdekaan, sebab dasar mereka kearah itu kalau mereka perentan, dah tentu DAP akan kuasai.

DAP dah lama perjuangkan hak sama rata sama rasa, tapi Pas dan PKR sengaja buat tak reti kerana nak dapatkan sokongan pengundi cina, sebab itu DAP selalu mengadakan perjumpaan dengan anggota-anggota bekas komunis supaya terus menyokong mereka,

Dasar DAP sama dengan dasar komunis, apabila komunis meletak senjata pada tahun 1989, kebanyakannya merek anggota bekas komunis menyertai DAP, kerena mereka jiwa penentang yang sama dengan perjuanagan mereka dulu.


bersambung.

Friday, September 9, 2011

PERBEZAAN DULU DAN SEKARANG

Cara Hendak mengulingkan Kerjaan.

sambungan.

Parti komunis Malaya yang sudah lama berpengalaman didalam peperangan cara gurila telah membuat persiapan yang lengkap, senjata2 yang mereka perolehi dari Inggeris semasa penaklukan Jepus, yang mereka simpan dikeluarkan kembali.

Peladang-peladang cina yang banyak yg terdapat ditepi hutan dijadikan ejen-ejen dan pembekal makanan serta alat-alat yang lain kapada mereka, sekiranya peladang-peladang ini tak mahu memberi kerja sama, ia akan di seksa dan di bunuh.

PKM telah mendirikan Kem-kem mereka didalam hutan-hutan yang tebal dan jauh dari penempetan tentera-tentera pemerentah, tujuannya ialah mengelakkan kem-kem mereka itu diketahui dan di serang oleh tentera pemerantah.

Bagi melasanakan cita-cita mereka untuk memerentah negeri ini PKM telah mengadakan rancangan yang besar iaitu;.

(i) Melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu dengan merosakkan segala ladang-ladang dan
dan lombong-lombong yan berhampiran dengan hutan dimana berdekatan dengan
tempat persembunyi mereka.

(ii) Menyunsun dan memimpin satu pemberontakan rakyat dengan matalamat menawan
seluruh Tanah Melayu dan hendak mendiri sebuah kerjaan Republik Rakyat Malaya
yang bercorak komunis.

Dengan tindakan-tindakan liar dan kejam yang dilakuakan oleh puak-puak komunis itu, keadaan yang agak mengancam keselamatan negara, maka pehak pemerentah telah menistiharkan keadaan darurat, bermula dari negari Perak kemudian seluruh Tanah Melayu.

bersambung.

Monday, September 5, 2011

PERBEZAAN ANTARA DULU DAN SEKARANG

sambungan.

Mengulingkan Kerjaan.

Dalam masa lima minggu dari waktu penyerahan kalah hingga Inggeris mengambil semula pemerentahan negeri ini. Anggota-anggota dan tentera MPAJ telah keluar dari hutan-hutan dan melakukan tindak balas dan demdam terhadap mereka yang pernah berkerjasama dengan Jepun dulu.

Dalam tempoh tersebut huru hara dan kucar kacir berlaku diseluroh Tanah Melayu, mereka melakukan kekerasan dan ke zaliman, membunuh dengan kejam, membakar kampong, dan memaksa supaya mengikut perjuangan mereka, sesiapa yang tidak mahu mengikut mereka, akan di siksa dan di bunuh.

PKM adalah bercita-cita hendak menghapuskan penjajah Inggeris dan hendak menubuhkan sebuah kerjaan KOMUNIS BERCORAK REPUBLIK. disinilah bermulanya kembali permusuhan dan pertentangan antara Inggeris dan PKM (Komunis).

Bagaimanapun buat beberapa waktu pehak inggeris masih menghalalkan lagi PKM, ini sekali lagi memberi peluang kapada anasir-anasir Komunis untuk menyusup ke dalam pertubuhan-pertubuhan buruh dan kumpulan NGO.

Mereka menghasut kumpulan tersebut supaya melakukan pemogokkan dengan metalamat untuk melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu dan menimbulkan suatu keadaan huru-hara dan kucar kacir di dalam negeri.

Pada tahun 1948, satu persidangan pemuda pemuda komunis telah di adakan di Calcutta dan mengambil ketetapan dalam persidangan itu iaitu semua negeri-negeri diasia Tenggara hendaklah melancarkan pemberontakan bersenjata secara serentak.

Tidak beberapa lama pada 18 Jun, 1948 meletuslah apa yang dinamakan Pemberontakan Komunis yang dirancang oleh PKM yang mematuhi ketetapan dan arahan parti-parti komunis yang bersidang di Calcutta.

bersambung.