Friday, May 9, 2014

MENGHAYATI PERJUANGAN UMNO

sambungan

Liku-liku Perjuangan UMNO 


Dalam persidangan kongres tergempar yang diadakan pada  30 dan 31 Mac 1946 yang mengambil beberapa ketetapan, salah satunya  mengutus kawat kapada kepten  Gammans dan Lt. Col. Rees Williams meminta mereka datang ke tanah melayu  untuk berunding dengan orang-orang melayu.

15 April 1946  Raja-Raja Melayu mengadakan mesyuarat di Istana Iskandariah  Kuala Kangsa Perak bagi membingkan isu Malayen Unian, dengan sebulat suara semua Raja-Raja Melayu menolak penubuhan Malayan Union, dan menghantar surat bantahan kapada kerajaan Inggeris di London.

Dalam tempoh itu orang Melayu  tidak henti-henti membuat bantahan dengan mengadakan himpunan bagi menunjukkan kapada Inggeris bahawa orang Melayu sangat tidak bersetuju dengan pemeretahan Malayen Union.

Inggeris tetap juga meneruskan penguatkuasaan pemerintahan Malayen Union  bermula dari 1 April  dan tidak menghiraukan bantahan orang Melayu.

UMNO terus berjuang untuk membebaskan dari cenkaman penjajah maka pada 11 Mei 1946 kongres Melayu ketiga diadakan di istana besar Johor Baru, maka dengan rasminya UMNO di tubuhkan.

sekian







Thursday, May 8, 2014

MENGHAYATI PERJUANGAN UMNO


sambungan


Liku-liku Menuju Kemerdekaan.


Selepas Jepun meletak senjata pada tahun  1945 apabila  dua butir bom atom digugukan di Hirosima dan Nagasaki yang membunuh ribuan maknusia akhirnya Jepun membuat keputusan untuk tidak berperang lagi dan akan berperang dengan ekonomi, akhirnya mereka berjaya.

Inggeris kembali semula ketanat air ini dengan membawa misi baru iaitu untuk berkuasa lebih lagi yang mana memperkenalkan Malayan Union ditanah air ini, Mac Michael yang diutuskan oleh kerjaan Inggeris secara paksa kapada Raja-raja melayu untuk menendai surat perutusa persetujuan untuk menyerahkan negeri-negeri di Tanah Melayu kapada Raja Inggeris.

Dengan penyerahan  kuasa Raja kapada Inggeris maka Raja-raja Melayu sudah tidak ada kuasa lagi kapada negeri-negerinya kecuali hanya yang berkait dengan  Agama dan ada istadat sahaja, sedangkan mesyuarat Raja-Raja Melayu di pengerusikan oleh orang Inggeris.

Apabila pekara ini diketahui oleh rakyat, maka keseluruhan rakyat bangkit membantah, cendakawan melayu ketika itu seperti Tuan Zainal Abidin Ahmad ( Za'ba) Datuk Panglima Bukit Gantang serta Dato Onn merancang untuk diadakan satu kongres melayu mesti diadakan untuk menentang kemaraan Inggeris untuk menubuhkan Malayen Union.

Atas persetujuan pemimpin-pemimpin kesatuan melayu negeri-negeri, sebanyak 42 buah persatuan bergabung  bersetuju untuk mengadakan kongres melayu, paka pada  1 Mac 1946 perhimpunan penyatuan melayu pertama diadakan di Kuala Lumpur selama tiga hari.

Dengan belangsungnya kongres tersebut  Datuk Onn telah dipilih sebagai Yang dipertua bagi memimpin pertubuhan tersebut yang dinamakan UMO, United Malays Organisation, cadangan Datuk Onn dan Za'ba menambah dengan National, menjadi UMNO.

Inggeris tetap meneruskan rancangannya untut menubuhkan Malayen Union walau pun mendapat penentangan oleh orang Melayu seluruh negara ketika itu puluhan ribu orang melayu berhimpun untuk menyatakan bantahan terhadap rancangan Inggeris untuk menubuhkan Malayen Union.

Pada 30 dan 31 Mac 1946 satu kongres tergempar diadakan bagi memujuk Raja-Raja Melayu tidak menghadiri pelancaran penabalan Gabno Tanah Melayu, Datuk Onn dan pemimpin Melayu mengadap Raja-raja melayu merayu agar tidak menghadiri pertabalan tersebut, Raja-raja Melayu bersetuju untuk tidak hadir ke penabalan Gabno Tanah Melayu.

Raja-raja Melayu terharu dengan taat setia rakyat kapada raja-raja ada yang menitiskan air mata apabila rakyat melaongkan Daulat Tuanku Hidup Melayu dan patik semua bersama Tuanku.

Inggeris tetap juga mengadakan penabalan gabnonya iaitu Sir Edward Gant pada 1 Aril 1946 di padang Selangor Kelab, yang mana tidak seorang pun raja-raja melayu hadir begitu juga dengan ahli-ahli majlis penasihat Gabno yang terdiri dari orang melayu turut tidak hadir.

Dalam Kongres tergempag itu telah memutuskan semua orang melayu berkabung iaitu melilitkan kain putih disongkok selama satu minggu bermula dari  1 April hingga 7 april 1946.

Berkabung ini menanda berdukacita kerana melayu dah mati, sebab itu ketika itu laongan teriakan semasa perhimpinan melayu iaitu  HIDUP MELAYU untuk meniup semangat perjuangan.


bersambung.

Tuesday, May 6, 2014

MENGHAYATI PERJUANGAN UMNO


HARI  UMNO  11 MEI  1946


Pada setiap tahun  sejak penubuhan  UMNO akan mengadakan program atau majlis sempena memperingati hari tertubuhnya  UMNO pada  11 mei 1946.

Perjuangan UMNO adala perjuangan suci keran untuk menghalau penjajah dari negara ini yang telah berkuasa hampir 500 tahun,  sejak kejatuhan kerjaan Melayu Melaka pada 1511 hingga ke 1957 bila Tanah Melayu Merdeka.

LIKU-LIKU MENUJU KEMERDEKAAN.

semasa inggeris berkuasa di tanah melayu Inggeris mencabuli hak orang Melayu  mereka menindas orang Melayu berbagai sudut, ekonomi pendidikan dan sosial.

Ekonomi, mereka membiarkan kita hidup cara lama, tidak ada pembangunan untuk orang Melayu, masa tu kita dalam era pertanian lansung tidak diberi  perhatian, orang melayu menanam padi bergantung kapada air hujan hujung tahun, nelayan  pun tidak diberi peluang yang baik.

Pendidikan  orang Melayu dibiarkan bodoh  tiada sekolah untuk orang melayu, sekolah pertama didirikan pada 1819 Penang Free School, ini sekolah inggeris, selepas itu bercambah sekolah inggeris berada disetiap bandar utama dinegeri-negeri lain, kebanyakkan orang Melayu tingal di luar bandar, semua sekolah inggeris berada di bandar, hanya segelintir sahaja yang memasuki sekolah inggeri.

Pendidikan orang Melayu hanya setelah 70 tahun selepas Penang Free Scool 1819 yaitu pada 1890 sekolah atap  itu pun hanya setakat derjah  3 sahaja setakat hanya pandai membaca mengira dan menulis saja, berbeza dengan kaum lain yaitu Cina mereka tingal dibandar mereka bersekolah inggeris dan bersekolah Cina.

Kaum India hampir sama senasib dengan orang Melayu mereka dibiarkan diladang getah kepunyai orang Inggeris lansung tak ada pendidikan, Inggeris mencorakkan cara pecah dan perintah, Melayu di kampong, India diLadang dan Cina dibandar, ini memudahkan mereka mengawal dan mengikis sumbar alam negara ini.

 bersambung.