Thursday, May 8, 2014

MENGHAYATI PERJUANGAN UMNO


sambungan


Liku-liku Menuju Kemerdekaan.


Selepas Jepun meletak senjata pada tahun  1945 apabila  dua butir bom atom digugukan di Hirosima dan Nagasaki yang membunuh ribuan maknusia akhirnya Jepun membuat keputusan untuk tidak berperang lagi dan akan berperang dengan ekonomi, akhirnya mereka berjaya.

Inggeris kembali semula ketanat air ini dengan membawa misi baru iaitu untuk berkuasa lebih lagi yang mana memperkenalkan Malayan Union ditanah air ini, Mac Michael yang diutuskan oleh kerjaan Inggeris secara paksa kapada Raja-raja melayu untuk menendai surat perutusa persetujuan untuk menyerahkan negeri-negeri di Tanah Melayu kapada Raja Inggeris.

Dengan penyerahan  kuasa Raja kapada Inggeris maka Raja-raja Melayu sudah tidak ada kuasa lagi kapada negeri-negerinya kecuali hanya yang berkait dengan  Agama dan ada istadat sahaja, sedangkan mesyuarat Raja-Raja Melayu di pengerusikan oleh orang Inggeris.

Apabila pekara ini diketahui oleh rakyat, maka keseluruhan rakyat bangkit membantah, cendakawan melayu ketika itu seperti Tuan Zainal Abidin Ahmad ( Za'ba) Datuk Panglima Bukit Gantang serta Dato Onn merancang untuk diadakan satu kongres melayu mesti diadakan untuk menentang kemaraan Inggeris untuk menubuhkan Malayen Union.

Atas persetujuan pemimpin-pemimpin kesatuan melayu negeri-negeri, sebanyak 42 buah persatuan bergabung  bersetuju untuk mengadakan kongres melayu, paka pada  1 Mac 1946 perhimpunan penyatuan melayu pertama diadakan di Kuala Lumpur selama tiga hari.

Dengan belangsungnya kongres tersebut  Datuk Onn telah dipilih sebagai Yang dipertua bagi memimpin pertubuhan tersebut yang dinamakan UMO, United Malays Organisation, cadangan Datuk Onn dan Za'ba menambah dengan National, menjadi UMNO.

Inggeris tetap meneruskan rancangannya untut menubuhkan Malayen Union walau pun mendapat penentangan oleh orang Melayu seluruh negara ketika itu puluhan ribu orang melayu berhimpun untuk menyatakan bantahan terhadap rancangan Inggeris untuk menubuhkan Malayen Union.

Pada 30 dan 31 Mac 1946 satu kongres tergempar diadakan bagi memujuk Raja-Raja Melayu tidak menghadiri pelancaran penabalan Gabno Tanah Melayu, Datuk Onn dan pemimpin Melayu mengadap Raja-raja melayu merayu agar tidak menghadiri pertabalan tersebut, Raja-raja Melayu bersetuju untuk tidak hadir ke penabalan Gabno Tanah Melayu.

Raja-raja Melayu terharu dengan taat setia rakyat kapada raja-raja ada yang menitiskan air mata apabila rakyat melaongkan Daulat Tuanku Hidup Melayu dan patik semua bersama Tuanku.

Inggeris tetap juga mengadakan penabalan gabnonya iaitu Sir Edward Gant pada 1 Aril 1946 di padang Selangor Kelab, yang mana tidak seorang pun raja-raja melayu hadir begitu juga dengan ahli-ahli majlis penasihat Gabno yang terdiri dari orang melayu turut tidak hadir.

Dalam Kongres tergempag itu telah memutuskan semua orang melayu berkabung iaitu melilitkan kain putih disongkok selama satu minggu bermula dari  1 April hingga 7 april 1946.

Berkabung ini menanda berdukacita kerana melayu dah mati, sebab itu ketika itu laongan teriakan semasa perhimpinan melayu iaitu  HIDUP MELAYU untuk meniup semangat perjuangan.


bersambung.

No comments:

Post a Comment