Tuesday, December 31, 2013

MENGAPA KAMI TINGGALKAN ANWAR IBRAHIM

sambungan Mohd. Saiful.

Harapkan Pagar Pagar Makan Padi.


Anwar Ibrahim 64 tahun ketika itu dihadapkan ke mahkamah pada 7hb Ogos 2008, kes liwatnya melibatkan Mohd Saiful Bukhari yang dihadapi Anwar itu juga berlaku selepas hampir 12 tahun Penasihat PKR itu dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun atas tuduhan liwat.

Anwar Ibrahim pernah dihukum sembilan tahun oleh mahkamag tinggi pada tahun 2000 setelah didapati bersalah meliwat bekas pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar tetapi empat tahun kemudian, hukuman dan sabitan tersebut berjaya diketepikan oleh beliau di mahkamah persekutuan pada 5 september 2004 dengan keputusan mejoriti 2-1.

Meskipun dibebsakan ketika itu Mahkamah Persekutuan dalam penghakimannya menyatakan; Walaupun melalui pembacaan rekod rayuan, kami menemui bukti untuk mengsahkan bahawa perayu-perayu (Anwar dan adik angkatnya, Sukam Darmawan Sasmitaat Madja) terlibat dalam kagiatan homosseksual dan terdorong untuk mempercayai bahawa perbuatan yang didakwa itu memang berlaku di Tivoli Villa, pada satu masa, tetapi mahkamah hanya boleh mensabitkan mereka sekiranya pehak pendawaan berjaya membuktikan tampa sebarang keraguan mengenai kesalahan itu.

Anwar juga pernah dihukum  penjara enam tahun oleh mahkamah Tinggi pada 14 April 1999 selepas didapati bersalah atas empat tuduhan rasuah berhubung penyalahgunaan kuasa dengan campur tangan dalam penyisatan polis terhadap dakwaan salah laku seksual.

Dalam perbicaraan kes liwat Mohd.Saiful Bukhari itu Anwar memilih memberi keterangan tampa mengkat sumpah yang membolehgkannya terlepas daripada disoal balas oleh pasukan pendakwaan yang diketuai oleh peguam cara negara 11, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden.

Anwar yang diwakili oleh barisan peguam bela diketuai oleh Karpal Singh, diperintah membela diri setelah mahkamah memutuskan di akhir kes pendakwaan pada 16 mei 2011 bahawa Mohd.Saiful Bukhari adalah saksi yang benar dan keterangannya boleh dipercayai.

bersambung

Monday, December 30, 2013

MENGAPA KAMI TINGGALKAN ANWAR IBRAHIM


KISAH
MOHD. SAIFUL BUKHARI AZLAN.

Ibarat Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi.

Kes Mohd Saiful Bukhari Azlan, lagi luar biasa, dari jawatan pembantu untuk pilihan raya sahingga kapada pembancuh kopi, pemuda ini cuba bernaung dibawah Anwar, namun ibaratkan pagar, pagar makan padi, Mohd Saiful akhirnya mendakwa dia menjadi mangsa liwat Penasihat PKR itu.

Yang pelik saat-saat Anwar dikaitkan mempunyai hubungan dengan  Mohd Saiful bukan sahaja Anwar malah keluarganya terutama Dr.Wan Azizah dan anaknya Nurul Izzah seolah-olah menepis dengan mengatakan tidak mengenali pemuda berwajah jambu tersebut.

Padahal ada bukti menunjukkan Mohd. Saiful dibawa ke Hongkong dan Sinngapura oleh Anwar ketika dia berkerja dengan ketua Pembangkan itu. Juga ketika Anwar sibuk mengadakan roadshow diseluruh negara semasa kempen pilihan raya umum 2008, pembancuh kopi itulah yang mengiringi Anwar. Sungguh pelik bukan ?.

Mohd. Saiful dalam blognya menyatakan, dia tidak pernah sesekali menyesal akan keputusannya membuat lapuran polis pada 28 Jun 2008 yang menuduh Anwar telah meliwatnya.

Pada hemat saya biarlah diri ini dihina oleh jutaan manusia dan hilang segala nikmat dunia ini daripada dihina Allah swt, hidup dalam jiwa yang tidak tenang dan ditarik nikmat di akhirat akibat tidak berani menegahkan yang hak katanya.

Kejadian Liwat melibatkan mohd.Saiful didakwa berlaku di Unit 11-5-1 kondominium  Desa Damansara, No.99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, Mohd.Saiful baru berusia 22 tahun ketika itu Kes liwat tersebut dipercayai paling lama dibicarakan di mahkamah negara ini setelah ia bermula pada 3 Fabruari 2010 dan hanya berakhir 15 Disember 2011.

bersambung

Friday, December 27, 2013

MENGAPA KAMI TINGGALKAN ANWAR IBRAHIM

sambungan Datuk Eskay


SUMPAH ! ITU ANWAR


Dalam pada itu  Shuib berkata Pada saya pendedahan  ini bukan bertujuan mahu mengedarkan rakaman video seks tetapi untuk membolehkan rakyat menjadi saksi, kalau ingin mengedar rakaman tersebut sudah dicetak sebanyak 20,000 salinan tetapi  sahingga kini hanya 15 individu yang dibenar menontonnya.

Shazryl Eskey yang juga bekas Konsul Kehormat Malaysia di Thailand turut melontarkan lima soalan maut kapada Anwar, lima soalan itu adalah sejak dua tahun lalu berapa kali Anwar ke Thailand, siapa yang menyambutnya di Thailand, di Hotel mana beliau menginap, apa ketua pembangkang buat di hotel tersebut dan siapa yang baya semua bil.

Menurutnya dia terpaksa mengambil masa lama sebelum mendedahkan moral ketua pembangkang itu disebabkan tiada bukti, apa bukti nak sokong dakwan saya? tap[i bila saya dapat video ini bukti itu diberi kapada saya katanya.

IKUT HUKUM SIAPA NAK SUMPAH - ANWAR.

Inilah jawapan Anwar ketika ditanya wartawan samaada beliau akan menyahut  Shazryl Eskay untuk bersumpah laknat di Masjid Amru Al-As dibandar baru Sentul. Ikut hukum siapa nak sumpah.Saudari orang Islam? Hukum mana yang suruh angkat sumpah, tak boleh jawab ok tak payah.

Juga ketika ditanya mengenai kesediaannya memberi sampel deoksiribonukleik (DNA) kapada polis berhubung rakaman video seks yang didakwa mirip dirinya, dalam nada tinggi Anwar berkata
DNA apa dan dengan sinikal beliau menyatakan kapada wartawan, semoga awak dapat naik pangkat dalam masa terdekat.

Itulah perangai Anwar sedangkan di mahkamah pun beliau tak angkat sumpah dan bercakap di kandang sahaja, memang Anwar takut untuk bersumpah kerana segala tuduhan sumbang terhadapnya adalah benar dengan itu Anwar mengambil keputusan untuk tidak berbuat demekian, dan mencari helah apa cara saja untuk tidak melakukan sumpah laknat.

Kalau nak membersihkan segala tuduhan Liwat terhadap beliau itulah caranya yang diajar oleh Islam tetapi Anwar tau bahaya kiranya beliau bersumpah laknat.

Oleh itu kita seharusnya tidak terpengaruh dengan segala ucapan pembohongannya itu yang hanya untuk melepaskan diri untuk menjadi PM sahaja.

sekian untuk cerita Datuk Eskay


sambung dengan yang lain

Thursday, December 26, 2013

MENGAPA KAMI TINGALKAN ANWAR IBRAHIM

DATUK SHAZRYL ESKY ABDULLAH
Bekas sahabat Anwar dan Ahli perniagaan


SUMPAH ! ITU ANWAR.

Pada 29 April 2011, Datuk Shazryl Eskay Abdullah selesai melakukan sumpah laknat di Masjid Amru
 Al-As, Bandar Baru Sentul, sambil memegang al Quran beliau memulakan sumpah dengan mengucap dua kalimah syahadah kemudian diikuti dengan wallahi wabillahi watallahi.

Didalam sumpah laknat itu Eskay menyatakan bahawa dua individu didalam paparan video seks yang mengaitkan Datuk Sri Anwar Ibrahim itu adalah dia dan Penasihat PKR tersebut, turut hadir dalam upacara sumpah laknat itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Tambi Chik dan bekas Bendahari Pertubuhan  Pribumi Perkasa Malaysia  Datuk Shuib Lazim.

Pada 24 tahun lalu Shazryl Eskay dan Abdul Rahim tampil memberi keterangan dan menyerahkan rakaman bukti video seks lelaki didakwa sebagai Anwar kapada pehak polis, turut diserahkan kapada pehak polis adalah seutas jam tangan jenama Omega yang didakwa milik pemimpin tersebut.

Abdul Rahim yang hadir diibu pejabat Polis Bukit Aman kira-kira pukul 5 patang disoal siasat hingga pulul 9.45 malam, katanya segala keterangan yang diberi kapada polis penting untuk membentu siasatan dan menunjukkan siapa aktor dalam rakaman video seks tersebut.

Harap bukti asal yang diberi boleh disiasat secara forensik, sekiranya ada penipuan atau tidak, kalau perlu ketulinan itu boleh dibuktikan dengan bantuan FBI Bira siasatan Persekutuan, saya harap keterangan ini dapat membantu mempercepatkan proses siasatan, jika kerjaan setuju, suruhanjaya diraja perlu ditubuhkan bagi memboilehkan siasatan terperinci dibuat dan memuaskan hati semua pehak kata Abdul Rahim Tambi Chik selepas memberi keterangan.

Syazril Eskay ketika dihubungi pemberita memberitahu beliau telah mendedahkan kapada polis lokasi Hotel dimana rakaman aksi seks itu dilakukan, sebulan kemudian trio Datuk T berkenaan mendedahkan bahawa mereka tidak sedikit pun takut untuk berhadapan dengan tindakan undang-undang dibawah sekseyen 292 kanun keseksaan.

Ketiga-tiga mereka sudah bersedia mentel dan fizikal untuk menghadapi apa sahaja kemunkinan, oleh itu kami bukan sahaja sanggup kemahkamah tetapi kami juga bersedia untuk melakukan sumpah laknat dimana sahaja termasuk didepan Kaabah ini kerana saya yakin kami dipehak yang benar dan tiada sebarang keraguan bahawa lelaki itu memang Anwar Ibrahim.

bersambung kisah ini.

Tuesday, December 24, 2013

MENGAPA KAMI TINGALKAN ANWAR IBRAHIM

Dr. Mohammad Fairus Khairuddin
Bekas Timbilan Ketua Menteri Piulau Pinang.

ANWAR KHIANATI SYIAR ISLAM.

Dr. Mohammad Fairus mempunyai pengalaman berharga untuk dikongsinya dengan pengikut dan penyokong PKR.

Beliau menyifatkan Anwar Ibrahim yang juga penasihat PKR sebagai bukan sahaja mengkkhianati rakan rapat malah turut sanggup mengkhianati agama, beliau mendedahkan, sewaktu saya menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, ada cadangan  untuk membangunkan kawasan itu menjadi  Serambi Mekah dengan mendirikan banyak sekolah agama.

Namun apa yang mengejutkan saya, beliau melenting kerana bimbang cadangan itu akan melukakan hati DAP, bukankah tindakannya itu satu bentuk pengkhianatan  terhadap syiar Islam dinagara ini dan orang Islam disitu yang menyokongnya.

Dr. Mohammad Fairus yang meletak jawatan Timbilan Ketua Menteri 1 pada 8 April 2009 setelah mendawa wujud konspirasi dalam PKR untuk menjatuhkannya, mereka yang sudah kenal lama dengan manusia yang bernama Anwar Ibrahim akan faham benar perangai tidak setia yang akan berakar umbi dalam dirinya (Anwar Ibrahim).

Jika kawan-kawan lama yang bersama-sama melalui zaman susah dan payah dengannya sangup dikhianati apatah lagi jaminan keadilan untuk gulungan rakyat biasa, dia memang bukan seorang pemimpin yang baik malah harus ditolak rakyat kerana sangat berbahaya katanya.

Beliau juga tidak menolak terdapat perjanjian rahsia berhubung pegangan kuasa politik didalam PKR dan DAP yang tidah diketahui oleh Pas, Anwar sendiri dalam satu  pertemuan tertutup ketika saya masih menjadi Timbilan Ketua Menteri Pulau Pinang pernah menyebut agar Pas tidak harus dibrerikan kuasa yang banyak di Pulau Pinang kerana Parti itu akan membolot kuasa berkenaan.

Jastru saya tidak terkejut dengan apa yang didedahkan kerana kalau Anwar sendiri tidak percaya terhadap Pas, apatah lagi anak-anak buahnya katanya, Dr. Mohamad Fairus mengsahkan Pas sebenarnya hanya menjadi kuda tunggangan dan korban untuk nafsu politik Anwar dan DAP.

Percayalah jika pemimpin Pas mengabaikan apa yang didedahkan satu persatu hari ini satu hari nanti Pas akan menjadi mangsa korban tikam dari belakang sekutu  mereka sendiri.

Itulah pendedahan dari orang kuatnya sendiri yang kini telah meningalkan PKR dan Anwar sendiri, kalau di fikirkan kenapa mereka meningalkan Anwar, jadi kita yang rakyat biasa yang hanya mendengar ceramah pembohongan Anwar yakin kapada nya,

BERFIKIRLAH PELITA KEJAYAAN




Friday, December 20, 2013

MENGAPA KAMI MENINGALKAN ANWAR IBRAHIM

SAMBUNGAN DATUK NALA


Mengenai kisah liwatnya, kata Nala dulu pekerja Megnum lelaki  Anwar ada menyimpan dan anwar juga pernah bawa isteri orang, saya beresedia untuk mendedahkan kesemua nama mereka di mahkamah.

Tidak ada peruntukan dalam perlembagaan membenarkan biseksual menjadi perdana menteri dan tidak ada tidak ada juga untuk biseksual menjadi ketua pembangkang, saya amat hairan mengapa pembangkang boleh mengambil seorang biseksual menjadi ketua.

Pendedahan itu merupakan keritikan terbaru terhadap Anwar yang pernah menjadi rakai permainan tenis beliau, saya (Nala) telah berjumpa dengan beberapa pemimpin tertinggi Pas dan mendedahkan pekara mengenai Anwar ini dan ada diantara mereka percaya, cuma Nik Aziz saja yang enggan bertemu dengan Nalla sampai hari ini.

Bagaimana pun Nalla berkata bukan mudah untuk dirinya membuat keputusan keluar PKR tetapi ia dibuat setelah dia berfikir semasak-masaknya.

PKR bukan berjuang untuk rakyat tetapi berjuang untuk Anwar Ibrahim, sebab itu ramai mengatakan beliau pelakun nobor satu, saya tau benar bahawa beliau hanya berbohong kapada masyarakat semata-mata untuk mendapat undi mereka saja  paling jelas bagaimana beliau mau meraih sokongan masyarakat India.

Sentimen yang Anwar buat ialah mencetuskan ketegangan sahingga wujudnya kumpulan yang menentang kerjaan seperti Hindraf, Anwar berlakun sebagai pejuang untuk rakyat katanya.

Dalam hal ini Nalla mengajak orang India berfikir apakah sumbangan Anwar kapada masyarakat India terutama ketika beliau memegang jawatan Timbilan Perdana Meneteri  dan menteri kewangan, kata beliau sekarang pula beliau (Anwar) bangga mendawa beliau seperti Sivaji the boss kononnya orang India dan berharap dengan sokongan itu membentuk beliau jadi perdana menteri.

Tapi saya fikir lama kelamaan orang India akan sedar bahawa ini sekadar pemimpin politik Anwar.

Sepatutnya sudah lama masyarakat malaysia menyedari bahawa lakunan Anwar itu semata-mata untuk mencapai hasratnya untuk menjadi Perdana Menteri dia akan lakukan apa cara untuk walau pun menyalahi undang-undang demi hasratnya.


Datuk Nalla mengharapkan masyarakat malaysia sedar.

sekian untuk  Datuk Nalla


bersambung yg lain

Wednesday, December 18, 2013

MENGAPA KAMI TINGALKAN ANWAR IBRAHIM

Datuk K.S Nallakarupan
bekas sahabat karib Anwar Ibrahim.


Datuk Nala suatu ketika adalah rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, keakraban itu ketara hingga beliau dipenjarakan kerana mempertahankan perjuangan Penasihat  Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagaimanapun pada Mei 2007 bekas Ketua Bahagian PKR Kepong itu membuat keputusan mengejut keluar dari parti kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Anwar.

Nala memberi tau beliau mengenali Anwar bukan baru tetapi lebih 30 tahun, saya menghormatinya bukan saja sebagai seorang sahabat tetapi seorang pemimpin, malah saya masuk penjara Sungai Buluh semata-mata mahu mempertahankan perjuangannya.

Tetapi melihat tindak-tanduknya sejak beberapa tahun lalu, Nalla kata beliau bukan lagi  seorang rakan dan perjuangan negara yang pernah saya kenal, beliau hanya mementingkan diri sendiri dan saya tidak tahan melihat rakyat terus tertipu dengan janji-janji kosongnya untuk memenuhi impian menjadi Perdana Menteri.

Pada sidang akhbar  Mac tahun 2012 Datuk Nallakarupan yang juga Ahli Dewan Negara secara terbuka  mendawa Anwar sebagai seorang biseksual berdasarkan pengalamannya yang pernah berkawan baik selama puluhan tahun dengan ketua pembangkang itu sebelum ini.

Katanya kecenderungan Anwar sebagai saorang biseksual bukan lagi rahsia dan mendawa  beliau sendiri pernah melihat Ketua pembangkang itu melakukan aksi seks sama ada bersama lelaki atau weanita, Anwar tidak layak untuk memimpin pakatan pembangkang yang merankumi Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat.

Apatah lagi untuk dilantik sebagai Perdana Menteri jika mereka berjaya membentuk kerjaan pada masa depan katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur itu.

Nalakarupan seterusnya secara sinis meminta Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz supaya mengeluarkan fatwa membenarkan individu biseksual menjadi ketua Pembengkang.


bersambung Datuk Nalla

Monday, December 2, 2013

MENGAPA KAMI TINGALKAN ANWAR IBRAHIM

sambungan  Zulkefli Nordin


ZULKEFLI NORDIN SERIK DITIPU ANWAR.

Menurut Zulkefli beliau berpaling kerana meragui penderian Anwar terhadap agama dan sanggup berbuat apa saja demi mencapai hasratnya. Kini Pas sudah gadaikan perjuangan Islamnya kerana itulah yang Anwar mahu, fikirkanlah bertapa bahayanya Anwar jika menjadi Perdana Menteri.

 Zulkefli berkata saya dah tengok dia rungkaikan pakatan pembangkan dan Pas, saya tidak akan duduk diam-diam, saya kenal Anwar dan akan tentang dia secara terbuka kerana saya kena beritahu, siapa Anwar, Zulkefli juga mendawa Anwar ada berjanji yang mahu melantik beliau sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga menjaga hal  ehwal  Islam.
Semasa pelan 16 september janji itu juga ditabur kapada  Ahli Parlimen BN  yang cuba dipancing sertai pelan 16 september itu.

Mengulas tentang kes liwat Saiful, Zulkefli berkata Anwar tidak berani bersumpah  dimahkamah dalam kes liwatnya dan memilih untuk bercakap dari kandang tertuduh sahaja, dengan berada di kandang, peguam atau hakim sendiri tidak boleh mengemukakan pertanyaan.

Ditanya tentang peluang Anwar untuk menjadi pemimpin Agama dan bangsa Zulkefli berkata, saya tidak nampak sebab saya tengok Anwar sejak beberapa tahun ini tumpuannya terlalu ke Putrajaya, saya pernah cakap (Zul)  kapada beliau tidak boleh begitu sebaliknya beri tumpuan kepada semua pekara.

Macam sekarang kalau ikut ceramah dan lawatan Anwar ke luar nagara dia akan cakap pasal kes liwat dan dia dianiayai katanya.

Kata Zulkefli saya cakap kapadanya sebagai pemimpin besar dia tidak boleh angkat diri lebih tinggi, nordin kata dia baca buku Nelson Mandela dan Mahatma Gandhi, mereka tidak pernak bercakap pasal diri sendiri mereka bercakap tentang rakyat yaitu rakyat Afrika  dan India yang dianiayai, begitu pemimpin besar, tetapi Anwar cakap pasal diri dia zul kata itu strategi yang silap

Kalau dulunya Zulkefli merupakan orang kuat membela Anwar tetapi sekarang beliau merupakan orang yang paling lantang menentang Anwar bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain  yang keluar dari pakatan seperti, Datuk K.S Nalakarupan, Dr. Mohamad Fairus bekas Timbilan Ketua Menteri 1 P. Pinang dan ramai lagi.

Kita seharusnya berfikir mengapa mereka meningalakan Anwar Ibrahim, terutama anak muda yang terpengaruh dengan gaya bercakap menipu pengikutnya, dan orang ramai.

bersambung