Friday, November 29, 2013

KENAPA KAMI TINGALKAN ANWAR IBRAHIM

sambungan.

ZULKEFLI NOORDIN
Peguam Anwar dan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru.

Serik Ditipu Anwar.

Zulkefli diantara yang pertama membela Anwar Ibrahim yang berdepan dengan kes liwatnya pada tahun 1998, beliau bukan sahaja bersungguh-sungguh  mempertahankan bekas Timbilan Perdana Menteri itu malah sangup menghadapi pelbagai risiko termasuklah disumbat dalam kurungan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA ).

Zulkefli sangup berbuat apa sahaja untuk Anwar dan pernah  digelag panglima semasa dalam tahanan di bawah ISA kerana begitu taksub dengan bosnya itu, tetapi itu dulu kini beliau sudah pusing 360 darjah daripada penyokong dan pembela Anwar dan kini turun padang merata tempat untuk menentang bekas idolanya itu.

Akhirnya Zulkefli menjadi Ahli Parlimen Bebas di Kulim Bandar Baru kerana meningalkan Parti Keadilan  dan Anwar Ibrahim dan menentang habis-habisan pakatan pembangkang.

Sebabnya Zulkefli tidak mahu ditipu, dibohongi  dan diperdaya lagi dan tidak mahu rakyat memberi sokongsn kapada Anwar yang disifatkannya orang yang paling tidak layak menjadi  pemimpin apatah lagi bergelar Perdana Menteri.

Katanya bukan beliau sahaja yang tidak mahu lagi bersama-sama ketua pembanhkang itu malah  kesemua lapan lagi peguam bela yang mempertahankan Anwar dalam kes liwat pertama,  tidak lagi bersamanya didalam kes liwat Saiful Bukhari Azlan.

Zulkefli juga  meminta orang ramai berfikir kenapa semua sembilan orang peguam yang membela Anwar pada 1998 tidak kembali membantunya dalam kes liwat 2008 melibatkan Saiful yang juga bekas kakitangannya.

Anwar pembohong, dia tipu dulu saya percaya, dua belas tahun  saya kena tipu kata Zulkefli, tetapi Tun Dr. Mahathir kena tipu selama 20 tahun. beliau memberi tahu samasa ceramahnya anjuran Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) dan Rukun Tetangga Jubli Perak di Bandar Baru Bangi Disember 2011.

Kini Peguam Anwar yang diketuai oleh Karpal Singh kebanyakan terdiri dari bukan Islam, dalam ceramahnya itu Zulkefli  mendedahkan  pelbagai pembohongan seperti kes 16 September yang di ura-urakan sebagai tarikh pengambilan Putrajaya, majlis angkat sumpah diIstana Negara dan kononnya pihak angkatan Tentera juga berada dibelakang pakatan pembangkang.

Zulkefli juga menceritakan bagai mana Anwar pernah mendawa Allahyaraham Tun Ghafar Baba mahu menemui beliau kerana mahu mohon maaf, apabila  saya ( Zulkefli) tanya pada Zahid Md.Arif (cucu) Tun Ghafar Baba  zahid kata memang dia yang atur temujanji tetapi Anwar yang mahu mohon maaf kerana melawan Tun Ghafar Baba dalam UMNO, akhirnya Zahid minta datuknya batalkan sahaja pertemuan itu.

bersambung cerita Zulkefli Nordin

Thursday, November 28, 2013

MENGAPA KAMI TINGALKAN ANWAR

sambungan    ( 2 )


2.   AZWANDDIN  HAMZAH  
 ( Bekas Ketua Pemuda Keadilan Wilayah Persekutuan )

Pengakuan dan komen ringkas pengasas Pergerakan Pemuda Keadilan Wilayah Persekutuan pada 1999, Azwanddin yang kini mengetua sebuah NGO Jaringan Melayu Malaysia (JMM)

Saya tingalkan Anwar Ibrahim dan Parti Keadilan ialah apabila beliau (Anwar) meminta kami hentam Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan niat mahu tarik orang Cina merah kapada orang Melayu. Azwanddin memberi tau, selepas  (Anwar) keluar dari penjara dibebaskan dari kes liwatnya sekitar tahun 2000, Anwar telah mengadakan satu mesyuarat tertutup dengan Pemuda Keadilan dirumahnya di Bukit Damansara.

Dalam  mesyuarat itu dia mahu kami bakar semangat perasaan orang Cina untuk marah kapada orang Melayu, dan meminta juga  kami menghentam Raja-Raja Melayu, ini pekara pokok katanya.

Saya masih ingat lagi waktu itu yang ada dalam mesyuarat tersebut saudara (Shamsul Iskandar Mohd Akin) dari ankatan Pemuda Keadilan (AMK), pada awal saya lihat  Shamsul pun marah tapi kini dia masih didalam mengetuai lagi AMK sampai sekarang.

Bagi saya soal Melayu  tidak boleh di permainkan  sebab soal bangsa ini lebih besar dari kes liwat Anwar itulah penyebab besar saya tingalkan Anwar  kata Azwanddin .

Azwanddin berkata Anwar dalam mesyuarat tertutup itu mahu seluruh Pemuda Keadilan pusing seluruh nagara dengan menjelajah kawasan-kawasan Cina dan kemudian membangkitkan isu-isu yang menyentuh sensitiviti kuat kaum itu, antaranya soal pendidikan kaum Cina.

Beliau cuba membangkitkan rasis Cina supaya UMNO dilihat jahat,  saya kemudian bertanyakan kapadanya bahawa soal Melayu ini tak boleh dibuat main, tapi beliau buat tak dengar, kata Azwanddin lagi bermakna dia Anwar tak mahu bincang tentang Melayu.

Maka Azwanddin melihat hala tuju Anwar bermetalamat untuk menjadi PM sahaja dengan apa cara pun, dengan ini saya mengambil keputusan untuk meningalkan Anwar dan Parti Keadilam.

Rakyar Malaysia khasnya Melayu berfikirlah dan mengharap tidak ditipu oleh Anwar lagi

bersambung






Wednesday, November 27, 2013

KENAPA KAMI TINGALKAN ANWAR

Pengakuan Bekas Sahabat & Pemimpin PKR


Atas nama kebenaran satu demi satu sahabat Anwar Ibrahim serta pemimpinan kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertindak keluar dari parti itu. Malahan mereka berani untuk tampil mendedahkan bukan sahaja kepincangan dalam parti tetapi lebih besat lagi perilaku moral ketua pembangkang itu.

Apakah mereka atau Anwar berada di pihak yang benar ?.

Yang nyata semua pemimpin kanan,  wakil-wakil rakyat, pemimpin akar umbi, reformimis  sahingga rakan rapat Anwar ini ada meruah tersendiri mengapa bertindak sedemekian rupa. Ikuti sedutan pengakuan mereka yang telah meningalkan Anwar serta perjuangan PKR.

Pengakuan Pertama :

MARINA YUSOFF

Marina yang pernah menjadi Ahli  Majlis Tertinggi Umno (MT) UMNO dan dilihat sebagai  bintang harapan Wanita UMNO, tetapi semua itu bertukar dengan berubahnya arus dan tiupan angin didalam UMNO.
Beliau meningalkan UMNO selepas perpecahan 1987 untuk menyerti Parti Melayu Semangat 46 bagi meneruskan perjuangan dengan idolanya Tengku Razaleigh Hamzah, apabila Tengku Razaleigh kembali kepangkuan UMNO Marina ikut serta.

Bila angin kencang sekali lagi meniup dalam UMNO  beliau sekali meningalkan meningalkan UMNO untuk meneruskan perjuangan melalui Pati Keadilan Nasional pada tahun 1999 dan menjadi Naib Presiden.
Itulah Marina Yusoff saorang politikus tampak begitu mudah ditiup angin.

Marina telah meletak jawatan pada tahun 2000 dikaitkan atas alasan kesihatan namun semua maklum  akan kemalut dalaman yang melanda parti tersebut ketika itu.

Ramai yang terkejut apabila membaca lapuran dalam internet dan akhbar tentang surat Marina yang mengecam Timbilan Presiden Parti Keadilan masa itu Dr. Chandra Muzafar, kandungan surat tersebut termasuk keritikan terhadap Dr. Candra kerana sikap kuku besi  beliau dan tidak menghormati Presiden parti, Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Dr. juga didakwa tidak mahu mendengar pandangan-pandangan dari pemimpin-pemimpin Keadilan yang lain dan hanya gemar menjalankan sesuatu program membabi buta, surat Marina dan juga temubualnya dengan  Associated Press tentang persoalan yang sama mencerminkan perasaan hampa dan sedih yang dialami oleh Parti Keadilan atas beberapa pekara.

Masalah yang paling utama ialah ketidaktentuan arah parti tersebut, adakah Wan Azizag ketua Parti ataupun Dr. Candra Muzafar ? atau munkin parti itu dipinpin secara remote cantrol oleh Anwar Ibrahim yang ketika itu masih engan menjadi ahlinya.

Sekiranya Dr. Wan Azizah berkuasa kenapa pula dia sering  dimarahi oleh Dr. Muzafar sahingga menangis dan kenapa Dr. Muzafar sangup membaling fail kearahnya?. Kenapa Dr. Muzafar berani merherdik dan menempelak Presidennya yang juga isteri Anwar?

Dr.Cendra yang pernah menyebut bahawa Anwar tidak tahu apa-apa yang berlaku, merasa bahawa dia sudah cukup kuat untuk menentang puak-puak lain dalam Keadilan semasa itu, semua ini berlaku kerana barisan pemimpin keadilan hanya gila kuasa dan bukannya untuk berkhidmat kapada Agama bangsa  dan negara. Parti Keadilan yang kini dikenali  PKR sejak tahun 2000 lagi ibarat retak menanti belah kerana kemalut yang dihadapinya.

Surat Marina telah mempamirkan cacat cela Perti Keadilan yang dipenohi dengan mainan politik sandiwara dan sifat hipokrit.

Inilah salah satu yang di bongkarkan oleh pehak yang keluar dari PKR dan akan di sambung lagi dengan yang lain-lain.


bersambung.