Friday, August 30, 2013

FILEM TANDA PUTERA

Kurang Hajarnya Ketua Menteri Pulau Pinang.


Filam ini sedikit sebanyak menaikkan semangat petrotik kasih dan sayangkan tanah air yang tercinta
Malaysiaku Berdaulat Tanah Tumpah Darahku. Filam ini juga memberi gambaran tentang peristiwa 13Mei yang mana negara ditimpa musibah pergaduhan kaum yang agak besar.

Peristiwa 13 Mei ini tercetus atas rasa tidak puas hati sesuatu kaum yang telah di tiup oleh komunis agar rakyat bergaduh sesama sendiri supaya mereka komunis untuk merempas negara ini.

kisah bermula  pada bulan April  1969  dimana saorang aktivis Umno di Pulau Pinang mati di bunuh, orang Melayu Pulau Pinang marah dan nak membuat rusuhan, tetapi ditenteramkan oleh Tengku Abdul Rahman Perdana Menteri ketika itu.

Kisah kedua pada 5.5.1969 diKepong sekumpulan gengster berbalas tembak dengan polis dan salah saorang cerdera kena tembakan dimasukkan ke hospital Kuala Lumpor, pada 8hb, mangsa mati dan mayatnya dibawa ke rumah ibadat di petaling sterit.

Pemimpin kaum cina mohon kapada polis kebenaran untuk berarak membawa balik mayat tersebut ke Kepong, tetapi pehak keselamatan tidak membenarkan, kerana masa itu ialah musim kempen pilihan raya ke tiga,

Lim Kit Siang dan Tan Cee Kun  berjumpa PM Tengku mentik kebenaran berarak membawa balik mayat tersebut, PM Tengku membenarkan kerana Tengku fikir tentu tak ramaimana, maka Tengku memberi kebenaran.

Apabila kebenaran diperolihi mereka yang di ketuai oleh Lim Kit Siang berarak membawa mayat geng kongsi gelap yang mati di tembak oleh anggota keselamatan, dari Kuala Lumpur ke Kepong.

Apa yang terjadi dalam perarakan tersebut pada 9.5.1969  DAP mengunakan kesempatan berkempen setiap satu batu mereka berhenti dan berceramah memburukkan kerjaan, dalam perarakan tersebut, jangkaan Tengku meleset kerana kehadiran melebihi  10,000 orang.

Dan esoknya 10.5.1969 adalah hari pengundian pilihan raya dimana negeri Selangor tumbang kapada DAP dan Gerakan.

Sekali lagi DAP memohon untuk mengadakan perarakan kemenangan kapada pehak keselamatan, tetapi pehak keselamatan menolak, sekali lagi LIM KIT SIANG berjumpa dengan PM Tengku minta kebenaran, dan Tengku memberi kebenaran.

Disinilah  bermulanya  peristiwa pergaduhan kaum kerana mereka yang berarak kebanyakannya pemuda cina dan india  memaki hamun orang melayu, HE MELAYU BALIK KAMPUNGLAH TANAM KACANG INI KUALA LUMPUR  CINA PUNYA, sambil mambawa beberapa batang penyapu besar yang membawa erti untuk menyapu sampah, apa erti ini semua, bermaksud MELAYU ITU SAMPAH.

orang melayu mula marah dan bangkit menentang, akhirnya berlakulah pergaduhan kaum.

SOALAN ?  SIAPAKAH YANG MEMULAKAN PERISTIWA 13 MEI SUDAH PASTI PEMIMPIN DAP  LIM KIT SIANG, yang asal usulnya dari keturunan yang menentang kemerdekaan dan perlembagaan pada awal 1948 yang lalu.


SEBAB ITU ANAKNYA LIM GUAN ENG tidak bersetuju filem ini di tayangkan di Pulau pinang dan juga membalas dendam kerana kerjaan membatalkan penayangan filam NEW VILLAGE, filem ini memberi gambaran mengkat martabat perjuangan komunis dinegara ini,

saya mengambil kira LIM GUAN ENG adalah sebahgian dari penyokong komunis, sebab itu corak pemerintahannya di pulau pinang bercorak pemerintahan komunis, dalam DAP kebanyakan ahlinya terdiri dari bekas ahli parti komunis yang telah meletak senjata pada awal tahun lapan pulohan yang lalu.

Wahai orang melayu berfikirlah agar jangan menyokong perjuangan KOMUNIS YANG DIBAWA OLEH DAP. 

Terutama PAS yang bersekongkol dengan DAP, kerana DAP menolak Islam sedangkan PAS memperjuangkan Islam keluarlah dari pakatan mereka.

MELAYSIA BERDAULAT   TANAH TUMPAH DARAHKU





MALAYSIA BERDAULAT TANAH TUMPAH DARAHKU

sambungan.

KEMERDEKAAN NEGARA KE 56.

Coritan Sejarah Kemerdekaan.


PEMBENTANGAN KERTAS PUTIH MALAYAN UNION DI PARLIMEN LONDON

Yang mengandungi Dasar-Dasar dan Rancangan Malayan Union antaranya:-

1.Kuasa Penuh diberi kepada King Inggeris supaya boleh membuat undang-undang yang sama serupa di dalam semua negeri-negeri Melayu.
2.Pentadbiran terletak di tangan Gabenor Inggeris
3.Majlis Penasihat Pusat Agama yang terdiri dari Raja-Raja Melayu di pengerusikan oleh Gabenor yang bukan beragama Islam.

4.Taraf kerakyatan boleh diperolehi tanpa perbezaan bangsa dan agama secara :-
a)Lahir di negeri Malayan Union dan Singapura.
b)Telah tinggal selama 10 – 15 tahun di Malayan Union.
c)Rakyat British juga boleh menjadi rakyat Malayan Union tanpa kehilangan taraf kerakyatan British.
5. Mereka yang bukan rakyat Malayan Union tidak boleh menjawat Jawatan di dalam Pejabat Kerajaan atau menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Pusat atau Majlis Mesyuarat Negeri.


IMPLIKASI PELAKSANAAN MALAYAN UNION

  Dengan Pelaksaan Malayan Union Tanah Melayu akan di Tadbir secara terus dari LONDON sebagai sebuah tanah Jajahan (Koloni). Maka akan tamatlah kepurapuraan bahawa Negeri-Negeri Melayu di tadbir oleh British bagi pihak Raja-Raja Melayu. Prinsip Justsoli, bagi menerima kerakyatan orang bukab Melayu secara amat longgar dan meluas tanpa mengambil kira kesetiaan mereka bakal mengubah struktur politik tempatan. Orang-orang Melayu akan hilang hak-hak dan tanahair mereka di bawah peraturan baru yang ditaja oleh British ini.


SURAT DATO’ ONN KEPADA UTUSAN MELAYU
Di atas sokongan dan cadangan Syed Alwi Al – Hadi  dan Haji Anuar Malik dari Kesatuan Melayu Johor, DatoOnn telah menghantar sepucuk surat kepada Utusan Melayu. Dalam suratnya beliau mencadangkan satu kongres diadakan untuk membincangkan soal Malayan Union. Satu pertubuhan yang dinamakan United Malays Organisation (UMO) patut ditubuhkan sebagai badan pendesak. Surat DatoOnn itu merupakan rayuan pertama daripada seorang tokoh negeri Melayu yang inginkan masalah Malayan Union dibincangkan secara bersama sedangkan persatuan negeri Melayu yang lain lebih membangkitkan penentangan mereka secara berasingan. Surat DatoOnn telah mengatasi tembok sifat kenegerian orang Melayu di waktu itu.

RUNDINGAN MENGADAKAN KONGRES


Di Kuala Lumpur, Tuan Zainal Abidin bin Ahmad atau lebih dikenali dengan Za’ba, Ynag Dipertua Persatuan Melayu Selangor telah mula berhubung dengan Datuk Panglima Bukit Gantang Perak, DatoOnn bin Jaafar yang merupakan Yang Dipertua Pergerakan MElayu Semenanjung Johor dan lain-lain pemimpin supaya mengadakan kongres yang menjemput wakil orang-orang Melayu di seluruh Semenanjung. Tujuannya untuk menubuhkan Melayu yang besar bagi menentang Rancangan Malayan Union.

bersambung


Thursday, August 22, 2013

MALAYSIA BERDAULAT TANAH TUMPAH DARAHKU

KEMERDEKAAN YANG KE 56.


Setelah di Jajah selama kurang lebih  446 tahun oleh penjajah bermula 1511 berakhir 1957  oleh,

PORTUGIS           130  Tahun
BELANDA            183  Tahun
BRITISH                117  Tahun
JEPUN                       4  Tahun
BRITISH                  12  Tahun

Bagai mana peritnya nenek moyang dahulu memperjuangkan untuk membebaskan tanah air dari cenkeman penjajah bermula dari apabila British yang terakhir menaluki negara ini selepas Jepun yang berakhir pada 1945 apabila Jepun di serang di Hirosima dan Nagasaki dengan bom atom, kemusanah itu membuat Jepun menyerah kalah.

Apabila Jepun meningalkan negara ini, Komunis yang dah sedia ada di hutan terus mengambil kesempatan memasuki kampung dan dengan ganasnya komunis cuba hendak memerintah dan mengajak penduduk menyertai mereka, tetapi rakyat menolak perjuangannya, walaubagaimana Komunis sempat juga dalam tempoh 14 hari berkuasa.

Kezaliman komunis sangat memberi kesan kapada penduduk dan mesyarakat negara ini, kerana ada yang terbunuh kampung dibakar ada yang satu kampung berpindah kerana diancam komunis, mereka meminta makanan dan ubatan.

Apabila Inggeris kembali semula ke tanah air ini dengan membawa satu corak pemerintahan yang sangat tidak disukai oleh orang melayu, dengan memperkenalkan MALAYEN UNION  Mac Michael yang ditugaskan oleh British untuk menemui Raja-Raja Melayu bagi mendapat tanda tangan perjanjian untuk menyerahkan negeri-negeri kapada British melalui penipuan dan paksaan.

Kononnya nak membaharui perjanjian lama sebagai penasihat kapada Raja-raja Melayu, tetapi dukimen itu ialah penyerahan kuasa memerintah dari Raja kapada British, Raja-raja dipaksa sahingga tak sempat untuk menkaji dan mendapat nasihat dari pembesar-pembesar negeri.

Apabila Raja-raja dan rakyat menyedari bahawa tanda tangan Raja-raja yang di serahkan kapada
Mac Michael wakil  Inggeris itu ialah penyerahan kuasa memerintah kapada Inggeris, orang Melayu mula rasa tidak senang dan tidak puas hati.

Pada 15 Januari 1946 bantahan akhbar-akhbar tempatan menyuarakan bantahan keras dan menyeru umat Melayu agar mengadakan perjumpaan bagi membantah dengan menolak Malayen Union dengan SATU SUARA SATU HATI.

ORANG MELAYU SELURUH TANAH SEMENANJUNG MULA BANGKIT MENENTANG  MALAYAN UNION, KERANA TIDAK PUAS HATI CARA TANDATANGAN RAJA-RAJA DIAMBIL.
ORANG MELAYU PERCAYA MEREKA AKAN KEHILANGAN SEBAGAI PERIBUMI TANAH MELAYU DAN AKAN MENJADI MASYARAKAT KECIL DI TANAH AIR SENDIRI.

50,000 Orang Melayu Kedah telah mengadakan satu perarakan raksasa sepanjang jalan 2 batu di bawah Anjuran Kesatuan Melayu Kedah. Bagi Membantah Malayan Union.

PEMBENTANGAN KERTAS PUTIH MYAN UNION DI PARLIMEN LONDONR
Yang mengandungi Dasar-Dasar dan Rancangan Malayan Union antaranya:-

bersambung.
B
BBBTISH
JEPUN

BRITISH
PORTUGIS
BELANDA
BRITISH
JEPUN

BRITISH

Friday, August 16, 2013

SAMBUTAN HARI PENEROKA KE 57

Hari Peneroka. 16 / Ogos / 2013

Setiap tahun felda akan mengadakan sambutan hari peneroka dan akan menyampaikan berbagai-bagai anugrah kapada peneroka dan rancangan felda yang dinilai oleh juri didalam pertandingan yang diadakan oleh pengurusan felda.

Hari ini kalau kita masuk ke rancangan tanah Felda kita tak kata itu rumah peneroka felda, kerana jauh sangat bezanya dengan  dua puluh tahun dahulu, masa itu saya selalu pergi ke tanah rancangan felda diseluruh negari Pahang kenana dijemput untuk memberi ceramah kapada peneroka.

Masa itu rumah peneroka kebanyakannya masih rumah asal yang didirikan oleh felda kalau ada yang menambah baik rumah hanya segelintir sahaja, itu pun menambah tak semua ada yang membesarkan ruang dapor, kerana ruang dapor memang kecil sedangkan rata-rata peneroka mempunyai anak yang ramai.

Semasa saya memberi ceramah saya selalu menyatakan yang tuan-tuan bukan peneroka, tuan-tuan adalah peserta tanah rancangan, kerana tuan-tuan datang kesini rumah dah ada, kebun dah disediakan, yang betul-betul peneroka ialah penghuni felda Lurah Bilut kerana mereka adalah meneroka sendiri kawasan kebun dan membina sendiri rumah kediamannya.

Hari ini apabila di tayangkan dilayar TV untuk menunjukkan felda yang telah dicalunkan untuk menerima anugrah, Allah huakbar  kita tak kata itu rumah peneroka, banglo yang besar-besar seperti dikawasan  Elit yang terdapat di kota-kota besar dinegara kita.

Apakah  mereka tidak bershukur dengan apa yang mereka perolihi, sebab itu banyak negara membangun didunia melihat Malaysia sebagai negara CONTOH  kapada mereka, tetapi sayang ada segelintir peneroka yang dihasut oleh mahluk perosak untuk menentang kerjaan yang telah memberi segala-gala kemudahan.

Kalau kita bandingkan dengan kampung-kampung tredisi  sangat jauh bezanya, kemewahan yang mereka perolihi orang kampong selalu sebut orang felda saja yang dapat.

Tapi saya yakin masih ramai peneroka felda yang setia kapada kerjaan yang memberi mereka kemewahan cuma segelintir sahaja, dan kita berdoa agar mereka sedar dan kembali ke pangkal jalan, bershukur kapada allah dan berterima kasih kapada kerjaan.

sekian.