Wednesday, December 28, 2011

PENYATUAN UMNO PAS.

Apa Kata Mereka.

Presiden Pas.
Haji Hadi Awang.


Partinya tidak akan menutup pintu rundingan dengan mana-mana pihak kerana ia merupakan satu tuntutan dalam Islam ( Utusan Malaysia 8.6.2009)

Yakin gagasan tersebut mampu menyelesaikan masalah negara. Katanya gagasan ini juga adalah unutuk kebaikan kita semua yang sekarang bagitu rapuh dari segi perpaduan.( Utusan Malaysia 6.6.2009.)

Tan Sri Dr. Harun Sani Zakaria. Mufti Perak.

Kebimbangan Bahawa Orang Melayu Akan Hilang Kuasa Sekiranya UMNO PAS tidak Bersatu. Beliau Terus Menerima Kecaman Daripada Pemimpin Pas Yang Menyifatkan Beliau Menjadi Alat Pehak Tertentu.

Nasarudin Hassan Tantawi.
Ketua Dewan Pemuda Pas.


Pas sendiri perlu membuang sifat berkenaan isu PERPADUAN MELAYU. Kerana majoriti kaum itu adalah beragama Islam.

UMNO hulur dan tawarkan Perpaduan kapada kita (PAS), saya sarankan agar kita tidak perlu menolak tawaran itu, Terimalah tawaran untuk perpaduan Ummah kerana kita tidak mahu PERPECAHAN.

Umat islam mesti bersatu Rata-Rata umat Islam adalah Melayu jadi secara mantiknya Melayu mesti BERSATU.

Mereka ini berpandangan jauh dan memikirkan tentang nasib untung Agama Bangsa dan Negara ini di masa adak datang sekiranya Melayu Tidak bersatu.

Friday, December 16, 2011

PEMBOHONGAN-PEMBOHONGAN PAS SELAMA INI

sambungan.

PAS BERSAMA SEMANGAT 46.

Semasa bersama Pas Semangat 46 terlalu banyak susahnya daripada senang menyebabkan Semangat 46 sangup menebalkan muka untuk kembali rujuk kapada Umno. Sepatutnya tidak munkin tergamak bagi pemimpin Semangat 46 yang duduk bersama dengan pemimpin Pas selama lapan tahun sangup lari meningalkan Pas jikalau tidak ada sesuatu pekara yang besar atau mereka dapat jadikan Pas itu sebagai model kebaikan.

Hasil daripada kegagalan mufakat Pas - Semangat 46 dan juga akhlak akhlak pemimpin mereka yang buruk serta tidak mengikut hukum Allah sebenar. Kita merasa hairan kenapakah rakyat masih boleh menerima perjuangan Pas, rakyat terlalu taksub kapada tokoh- tokoh guru Pas sahingga rakyat berfikir semua yang dilakukan oleh Pas adalah betul belaka.

PAS AMALKAN POLITIK GOMOL.

Semangat 46 sangat arif segala-galanya, mereka tau pemimpin Pas sendiri berlumba-lumba mengejar habuan dunia bermula selepas menang pilihan umum 1990, dari situ Pas mengamalkan Politik Gomol.

Gomol sungguh-sungguh Pas gomol Jawatan Timbilan Menteri Besar, Gomol 5 jawatan utama di pejabat unit dakwah Halaqat, gomol semua 14 jawatan pegawai dakwah Halaqat peringkat parlimen dan gomol kira-kira 90% jawatan yang wujud dibawah unit tersebut.

Daripada 24 jawatan di Urusetia Penerangan Kerjaan Negeri Pas gomol 19 jawatan dan di pusat kajian Strategik Pas gomol sungguh-sungguh dengan meningalkan hanya satu jawatan untuk parti Semangat 46.

Politik gomol Pas ini lebih parah selepas pilihan raya Umum 1995, Jawatan Pengerusi-pengerusi anak syarikat SEDC diambil alih satu lepas satu daripada parti semangat 46, kota EXCO 46 yang di beri kapada Berjasa diambil oleh Pas selepas calun Calun Berjasa kalah di DUN lama, Kota ahli Majlis Daerah dan ahli majlis Perbandaran diubah tampa mendapat rastu dan persetujuan Pati Semangat 46.

Sikap pemimpin Pas memang tak boleh di percayai dari dulu hingga sekarang, tapi kita taulah parti itu mengamal Ditaktur, hanya suara satu orang sahaja memutuskan sesuatu hal, Jawatan kuasa tidak ada kuasa malah Presdin sendiri tak ada kuasa pemutus, itulah kebodohan ahli Pas dan pengikutnya.

KITA FIKIR-FIKIRKAN LAH.

Thursday, December 15, 2011

PEMBOHONGAN-PEMBOHONGAN PAS SELAMA INI

SAMBUNGAN.

ZAMAN BERSAMA SEMANGAT 46 .

Semasa PAS bersama dengan Semangat 46 yang lalu Pas banyak mempermainkan rakannya, Pas adalah berbohong kerana tamakkan jawatan dan menghancurkan Ankatan Perpaduan Ummah. APU pecah disebabkan kegagalan Pas dalam perkahwinannya dengan parti Melayu Semangat 46.

Kegagalan yang pertama Pas tidak pernah menandatangani sebarang surat perjanjian secara hitam putih dengan Semangat 46, tidak ada MoU bertulis, apa yang ada ialah ceramah bersama dan mesyuarat bersama. Kesan daripada tiadnya perjanjian bertulis itulah maka apabila belakunya perpecahan Pas dengan Semangat 46 pada tahun 1996, masing-masing dapat tuduh menuduh, Pas menuduh Semangat 46 sebagai Isteri yang curang, Semangat 46 mendakwa Pas gagal beri nafkah secukupnya.

bersambung




APA KATA DAP

Deklarasi Setapak - 29 Julai 1967
Jamuan Makan Malam Tahunan Pertama DAP.


Perwakilan DAP Secara asasnya Bersetuju :-

DAP berpegang kuat kapada ideologi satu negara Malaysia yang bebas, demokratik dan berfahaman sosialis, berdasarkan prinsip-prinsip keadilan kaum, serta kesaksamaan sosial ekonomi berasaskan institusi demokrasi berparlimen.

DAP menerima pengunaan bahasa Melayu dan mengakui statusnya sebagai bahasa rasmi tetapi turut menekankan kebebasan pengunaan bahasa lain dalam masyarakat. Ia mendesak agar bahasa Cina, Tamil dan Inggeris turut diberi peranan dalam pentadbiran, pendidikan dan media massa.

DAP memperjuangkan persamaan hak dan mengkritik pengeksplotasian ke atas tenaga manusia berdasarkan kaum, ekonomi, sosial, dan kawasan bandar dengan luar bandar.

Berdasarkan deklarasi ini yang dibuat diawal penubuhan DAP setelah Singapura keluar dari Malaysia pada tahun 1976, DAP masih kekalkannya, apa sahaja yang berlaku didalam pergolakan dalam negara, dari segi politik, DAP tetap dengan dasarnya.

Tidak seperti PAS sentiasa berubah-ubah semasa angakatan perpaduan ummah lain dasarnya apabila dengan pakatan ubah pula dasarnya, hampir 60 tahun Pas memperjuangkan Negara Islam, tiba-tiba Pas menyatakan tidak ada dalam quraan negara Islam, selama ini PAS menipu pengikutnya dan orang Melayu amnya.

Tetapi bagi DAP dia terus dengan dasar perjuangannya Malaysian Malaysia, hak sama rata walau apa pun perubahan suasana poplitik. Kita tengok bagai mana di Pulau Pinang sekarang DAP memerintah, dia dah buat apa yang di tetapkan dasar perjuangannya, tetapi bagi PAS yang memerintah nageri Kelantan sudah lebih 20 tahun baru nak kaji.

lepas ini seratah akan sambung lagi kisah pembohongan PAS.

Wednesday, December 14, 2011

PEMBOHONGAN-PEMBOHONGAN PAS SELAMA INI

SEJARAH PEMBOHONGAN PAS.

Peminpin-pemimpin Pas memang banyak berbohong sahingga rakyat telan bulat-bulat kata-kata pemimoin mereka.Hadi Awang dalam reaksi pertama semasa beliau pernah memegang Jawatan Menteri Besar Trengganu memberi tahu, kerjaannya akan melaksanakan sistem keadilan mengikut Islam.

Kata Hadi Sifat dendam tidak akan dilakukan didalam pemerentahannya. Rakyat menyambut baik kenyataan tersebut, sahingga ada yang menyatakan bahawa kini pemimpin Pas sungguh-sungguh akan kembali kapada Islam tulin.

Apa yang terjadi Hj. Hadi Menukar pegawai-pegawai kerjaan dan Imam-imam masjid, balai raya milik UMNO yang menempatkan kelas-kelas tadika dirampas, kanak-kanak belajar diluar dewan. Pemimpin Pas sebenarnya hampir seratus peratus bersikap "mulut manis" atau bersikap "Nifaq".

Selama memerantah Kelantan Pas gagal membina 'Izzah' (kemuliaan) bagi negeri Kelantan. Kelantan kekal sebagai negeri yang tidak boleh berdikari. Sekiranya Pas berjaya menjadikan Kelantan sebagai negeri yang dilaung-laungkan oleh Pas selama ini iaitu: "Baldatun-Tayibatun" dan Lafatahna alaihim Barakatun minasama" sudah pasti kerjaan Kelantan tidak perlu mengharapkan wang daripada kerjaan Pusat atau mana-mana.

Pas sebenarnya tidak ada kemahiran memerintah, yang ada hanya kemahiran berceramah dan memungut derma sahaja. Pas berbanga dengan kemenangannya, sepatutnya apabila negeri itu diperintah secara Islam maka negeri itu akan lebih maju dan makmur.

Sudah dua puluh tahun memerantah kelantan kita tidak nampak negeri Kelantan makmur, Pelabuhan di Kelantan tidak menunjukkan pertumbuhan yang membanggakan. Kelantan bukan pilihan utama pedagang, pengeksport atau pengimport kenapa terjadi sedemekian.

Kerana Pas hanya pandai berceramah dan bijak meniup semangat membenci puak yang tidak menyokong mereka. mereka juga berkemahiran dalam mengeksploitasi sesuatu isu kecil menjadi besar dan menjadi hangat. anak-ank muda terpaksa berhijrah keluar Kelantan untuk mencari pekerjaan, kerana Kerjaan Kelantan gagal menyediakan peluang perkerjaan untuk rakyatnya.

Sepatutnya kita sudah tau menelai demi kepentingan Melayu mesti kekal berkuasa.

Tuesday, December 13, 2011

PERPECAHAN MELAYU

SEJARAHNYA MELAYU TAK PERNAH BERSATU.

Semasa negeri-negeri melayu beraja, negeri-negeri tersebut bersendirian atau dibawah taklukkan negeri-negeri tertentu, Melak pernah beperang dengan Trengganu kerana Tun Teja tunangan Megat Panji Alam, dilarikan Hang Tuah.

Pahang pernah berperang dengan Selangor,( Perang Kelang ) Panglima Pahang ketika itu di ketuai oleh Imam Perang Rasu, akhirnya di namakan oleh Raja Tok Gajah, kerana mereka kehabisan makanan, di hutan dan hanya makan umbut pisang, Raja kata yg makan umbut pisang ialah Gajag, maka itulah sebabnya nama Tok Gajah.

Dan banyak lagi cerita-cerita tentang orang melayu berperang sesama melayu, maksudnya Melayu tidak bersatu, cuma apabila Malayen Union di ujudkan oleh Inggeris setelah kemasukan semula selapas Jepun pada tahun 1946.

Kebimbangan orang Melayu ketika itulah membawa Melayu bersatu, setelah kuasa Raja-Raja Melayu telah dihakiskan oleh Inggeris dalam Malayen Union, kemunculan beberapa pemimpin Melayu ketika itu, seperti Datuk Onn, Pendita Zaaba, Tun Dr. Ismail, Tun Razak dan yang lain-lain nya.

Pada 1 Mac 1946 Orang Melayu Mula Bersatu dengan adanya Kongris Melayu pertama di Kelab Selangor, daripada 42 pertubuhan melayu menjadi satu pada 11.Mei 1946 dengan tertubuhnya UMNO di Johor ( di Istana Besar).

Melayu berpecah lagi pada tahun 1951 apabila Datuk Onn keluar UMNO kerana cadangannya tidak diterima ahli UMNO untuk memasukkan bukan melayu dalam UMNO, Datuk Onn keluan dan menubuhkan parti lain Parti Negara, UMNO di pimpin Oleh Yg Teramat Mulia Tengku Abdul Rahman.

Melayu berpecah lagi apabila Tuan Guru Haji Ahmad Fuard, Pengerusi Biro Agama UMNO bertanding merebut Yang Dipertua UMNO bersama Tengku dan HM Yusof, Tuan Guru Haji Ahmad Fuard kalah, dan merajuk keluar dari UMNO bersama-sama rakannya dan bergabung dengan persatuan ulama menubuhkan PAS.

SEJARAH MELAYU BERSATU HANYA DUA KALI SAHAJA DALAM SEJARAH.

Yang pertama semasa penubuhan UMNO 1946 dan yang kedua 1973 setelah peristiwa berdarah 13 mei 1969. selepas itu PAS bersama BN.

Selepas itu PAS keluar dari BN pada tahun 1976 atas sebab-sebab tertentu pergolakan dalaman PAS ketika itu, tetapi PAS menuduh UMNO buang mereka, sebenarnya mereka yg keluar sendiri kerana pergolakan dalaman PAS.

Melayu berpecah lagi pada tahun 1987 apabila UMNO di haramkan kerana perebutan Presden UMNO antara Dr. Mahathir denga Tg. Razali Hamzah, maka ujud parti Semangat 46, dan akhirnya 46 di bubarkan dan kembali kapada UMNO atas perpaduan.

Melayu berpecah lagi apabila Anwar Ibrahim di pecat dari Kerjaan, dan menubuhkan Parti Keadilan pada tahun 1998, dan sahingga hari ini Melayu berpecah beberapa kelompok iaitu,
1. UMNO. 2. PAS. 3. Keadilan. 4. DAP. 5. PPP. 6. Gerakan.

Bilakah Melayu boleh bersatu dan menentuka kekuatannya demi Agama Bangsa, dan Negara yang tercinta ini, kita di perkotak katikkan oleh mereka kerana kita berpecah belah, kita bimbang apa yang dikatakan orang. Jatuhkan Mealayu mesti dengan Melayu juga. Nak jatuhkan Islam, mesti dengan Islam juga.

Bunga-bunganya sudah menampakkan kerana ada orang melayu sudah tidak mengaku melayu dan ada orang Islam sendiri menyutujui apa yang digerakkan oleh kristian untuk memurtadkan orang melayu.

BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH.

Monday, December 12, 2011

YAHUDI DAN PERANCANGAN

SENARIO DUNIA HARI INI.

* Suasana Pasca Perang Dingin
* Tekanan Ke Atas Negara Membangun Melalui Institusi Antarabangsa Seperti IMF, Bank
Dunia AFTA, ILO dan Lain-lain.
* Menaik dan Menjatuhkan Pemimpin Negara Tertentu.
* Globalisasi Sebagai Alat Mencabar Kedaulatan Negara Membangun.
* Penubuhan Kerjaan Dunia. ( Amarica)

AMERICA IS THE NEW JERUSALEM.

* Kuasa Yahudi (JEWISH POWER) di Amerika hari ini adalah lebih kuat daripada mana-mana
kuasa Yahudi di Negara-negara lain pada bila-bila masa dalam sejarah dunia.

NEOIMPERIALISME ABAD 21.

* Satu Dasar, Gerakan atau useha sesebuah Negara maju, untuk memperluaskan Wilayah,
Pengaruh , Kekuasaan dan Ketuanannya Ke Atas sesebuah Negara Membangun, melalui
berbagai Cara / Strategi : Ekonomi, Politik, Budaya, Terorisme / Peperangan.

STRATEGI PENJAJAHAN.

1. Lebelkan Tidak Demokrasi, Lebel Penganas.
2. Pre-Emptive Strike.
3. Taja Individu, Parti Politik & NGO.
4. Hancurkan Ekonomi, Gugat Kerjaan.
5. Pecahkan Perpaduan Kaum & Perkongsian Kuasa.
6. Timbulkan Kekacauan dan,

TAKLUK NEGARA ( PECAH & PERINTAH )

AKIBAT PERANCANGAN MEREKA.

- Negara Islam Timur Tengak Berpecah.
- Negara Islam Timur Jauh di banjiri Orang Asing.
- Negara-Negara Arab Hari ini sudah berkecai mainan MEREKA.

SURAH AL Baqarah (2) - 120

Orang-orang yahudi dan Nasrani tidak akan senang kapada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka, Katakanlah "Sesungguh nya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang Benar)" Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengtahuan datang kapada mu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagi mu.

Ulasan.

Mari lah kita berfikir sejenak dalam hal ini, dimasa ini negara kita sedang berlaku apa yang di nyatakan diatas, kuncu-kincu yahudi sunguh ramai sedang beruseha untuk menjayakan perancangan mereka, kalau kita tidah berhati-hati dan terpengaruh dengan mereka kita akan terjebak, dan Negara ini dalam bahaya, Islam terancam Melayu terhakis.