Tuesday, January 12, 2010

MENGHAYATI DAN MEMAHAMI RUKUN NEGARA

KESIMPULAN.

Perpaduan kaum adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara di dunia termasuk Malaysia. Ia penting kerana tampa perpaduan, sebuah negara itu akan menjadi lemah, sukar untuk di bangunkan dan mudah di ancam sama ada oleh kuasa luar atau dalam negara itu sendiri.

Rukun Negara dicipta ekoran daripada rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Tragedi ini telah menyedarkan kita semua, yakni rakyat Malaysia akan bertapa pentingnya bersatu padu dan hidup dengan aman dan damai serta menghindari sifat curiga-mencurigai antara satu sama lain.

Mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu, bermuhibah tampa mengira kaum serta bersikap saling hormat menghormati di antara satu sama lain. Melalui perpaduan akan dapat membantu negara kita mempertingkatkan danmempergiatkan lagi pertumbuhan ekonomi, mengekalkan kestabilan politik dan sistem pemerintahan negara yang bersifat liberal dan demokratik.


SEKIAN.

Friday, January 8, 2010

MENGHAYATI DAN MEMAHAMI RUKUN NEGARA

sambungan.

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku sesaorang rakyat.
Tujuannya ialah untuk membentuk warganegara yang bersopan santun dan berssusila selaras dengan kempen BUDI BAHASA DAN NILAI-NILAI MURNI yang telah dijalankan.

Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam kontiks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Sikap bersopan santun dan bersosila patut diamalkan bagi membentuk sesaorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni.

Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan sesaorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi satu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara.

Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terplihara dan perkembangan sesuai dengan keperbadian bangsa dan nilai-nilai murni.Kesopanan dan kesusilaan dapat dilihat pada tingkah laku dantutur kata sesaorang .

Bahasa yang lembut dan bersopan santun serta tingkah laku yang baik akan menjamin perhubungan yang hormoni dikalangan masyarakat berbagai kaum di negara ini.

Prinsip ini jika dipraktikkan, akan dapat membentuk sesaorang individu yang berdisiplin dan bermoral yang akan membentuk mewujudkan sebuah masyarakat yang baik, berbudi bahasa, bersopan santun dan bersusila serta dapat mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang harmoni dan bersatu padu.

bersambung.

Thursday, January 7, 2010

MENELITI DAN MENGHAYATI RUKUN NEGARA

sambungan.

4. Kedaulatan Undang-undang.

Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya disisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kapada Perlembagaan.

Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tampa undang-undang hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang tidak boleh dipersendakan, sebaliknya mesti di hormati dan dipatuhi. Kedaulatan undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa.

Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tampa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasa selamat.

Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta pekara-pekara sebagaimana yang dijamin oleh PerlembagaanNegara. Hak-hak dan kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidak termasuk hak mengulingkan kerjaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.

Kedaulatan undang-undang perlu dipertahankan agar masyarakat dapat terus hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Kesedaran ini perlu diwujudkan dan dikekalkan dalam pemikiran rakyat negara ini.

bersambung.

Tuesday, January 5, 2010

MEMAHAMI DAN MENGHAYATI RUKUN NEGARA

sambungan.


3. Keluhuran Pelembagaan.

Prinsip ini menekankan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Pelembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tinggi.

Fungsinya untuk memberi perlindungan kapada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warganegara Malaysia dikehendaki menghormati, menghagrai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Pelembagaan Negara.

Perlembagaan telah di gubal berasaskan kesepekatan semua kaum dan semua pehak di negara ini, dengan demekian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan di ganggu gagat oleh mana-mana individu atau mena-mana pehak.

Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio- ekonomi rakyat di negara ini, ia adalah sumbar rujukan bagi segala hal yang berkaitan dengan sistem pemerentahan , perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.

Aspek-aspek utama Perlembagaan yang di rangkumi oleh prinsip ini ialah berkaitan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi. Hak-hak istimewa orang Melayu di di semananjung dan Bumiputra di Sabah dan Serawak juga terkandung di dalam Perlembagaan Negara.

Walau bagaimanapun, hak-hak yang adil bagi kaum bukan Bumiputra juga diberikan, seeperti pemberian taraf kewargaanegaran Malaysia kapada mereka sebagaimana yang termaktub di dalam Pwerlembagaan Negara.

Walaupun Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi , perkembangan bahasa-bahasa lain adalah tidak di halang. Orang bukan Islam bebas menganuti dan mengamalkan agama mengikut kepercayaan agama masing-masing. Hak asasi rakyat juga di jamin oleh Perlembagaan Negara.

Kestabilan negara akan tergugat jika rakyat tidak menerima keluhuran Pelembagaan Negara. Lebih mendukacita lagi jika ada sebilangan rakyat negara ini yang terus mempersoalkan dan mengkritiknya tampa mengetahui asas pengubalannya.

Menjunjung dan mempertahankan Pelembagaan Negara adalah satu tanggungjawab yang mulia dan terpuji bagi setiap warganegara Malaysia.

bersambung.

MEMAHAMI DAN MENGHAYATI RUKUN NEGARA

sambungan.

PRINSIP

Bahagian Kedua Mengariskan Lima Prinsip Yang Berikut.

> KEPERCAYAAN KAPADA TUHAN.

> KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA.

> KELUHURAN PERLEMBAGAAN.

> KEDAULATAN UNDANG-UNDANG.

> KESOPANAN DAN KESUSILAN.


1. Kepercayaan Kapada Tuhan.

Bangsa dan negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kapada Tuhan, melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat.

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama resmi Persekutuan, tetapi agama-agama lain dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh di amalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap sesaorang warganagara atas alasan agama adalah di larang sama sekali.

Jawatankuasa penggubal Rukun Nagara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kapada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperbadian sesaorang dan juga sesuatu bangsa dan negara.

Menyedari bertapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.

2. Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara.

Malaysia Mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan Kedudukan Yang Di-Pertuan Agong sebagai saorang Raja mengikut Perlembagaan.

Sistem beraja juga diamalkan setiap negeri, dan Yang Di-Pertuan Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda Raja-Raja dan Yang Di-Pertuan Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat.

Kesetiaan kapada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap wargnegara hendaklah menumpukan sepenuhnya taat setia, jujur dan ikhlas kapada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.

Di peringkat negeri pula, rakyat di kehendaki menumpukan taat setia kapada raja yang memerentah negeri tempat mereka bermastutin tampa mengurang taat setia kapada Yang Di-Pertuan Agong.

Sikap kesetiaan seperti ini merupakan satu nilai yang baik dan boleh menjadi kebangaan kapada negara serta dapat di jadikan ikatan bagi memupuk kecintaan rakyat kapada negara. Kesetiaan yang tidak berbelah bagi kapada raja dan negara juga adalah salah satu faktur yang bnoleh manyatukan rakyat Malaysia.

Sebarang sikap atau pengaruh yang boleh mengalihkan kesetiaan rakyat ke arah negara lain atau rakyat mengabaikan taat setia kapada negara Malaysia dan raja adalah merupakan elemen yang bertentangan sama sekali dengan prinsip Rukun Negara.

bersambung.

Monday, January 4, 2010

MEMAHAMI DAN MENGHAYATI RUKUN NEGARA

sambungan.

OBJEKTIF

Rukun Negara bercita-cita melahirkan masyarakat Malaysia yang demokratik, saintifik dan progresif serta bersatu padu dan bersikap terbuka terhadap pelbagai cara hidup rakyat pelbagai keturunan.

Cita-cita ini akan tercapai apabila objektif Rukun Negara di amalkan oleh setiap rakyat negara ini, Rukun Negara terbahagi kapada dua bahagian.

BAHAGIAN PERTAMA MENGARISKAN OBJEKTIF MASYARAKAT MALAYSIA YANG MAHU DI BENTUK. OBJEKTIF TERSEBUT ADALAH SEBAGAIMANA BERIKUT.

> Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya.
> Memelihara satu cara hidup demokratik.
> Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara dapat dinikmati bersama

secara adil dan saksama.
> Membentuk satu sikap yang libral terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-

bagai corak.
> Membina sebuah masyarakat progresif yang akan mengunakan sains dan teknologi moden
.

1. Mencapai Perpaduan yang Lebih Erat.

Semua rakyat hendaklah mendukung cita-cita untuk membentuk satu bangsa dan negara di mana ahli -ahli masyarakaynya menganggap diri meraka sebagai rakyat Malaysia tampa memgira kaum dan kepercayaan masing-masing. Rakyat negara ini terdiri daripada pelbagai kaum dengan berbagai-bagai persoalan yang ujud.

Keadaan ini bertambah rumit lagi kerana wujud ketidak seimbangan ekonomi antara kaum. sungguhpun wujud unsur-unsur perbezaan ini, melalui Rukun Negara akan dapat membentuk satu banghsa yang bersatu padu di mana semua rakyat tampa mengira kaum mempunyai semangat kesetiaan dan perasaan cinta terhadap negara.

2. Memelihara Satu Cara Hidup Demokratik.

Pelambagaan Negara menjamin kebebasan hak asasi dan kebebasan kegiatan-kegiatan berpolitik rakyat negara ini asalkan tidak melanggar undang-undang negara. Tetapi hak-hak serta kebebasan yang du berikan ini tidak boleh di salahgunakan atas nama demokrasi untuk membakar perasaan perkauman atau bagi memusnahkan demokrasi.

Apabila berlaku sebarang masalah yang melanda negara, kepentingan bangsa dan negara mestilah di dahulukan. Kepentingan negara handaklah di utamakan lebih daripada kepentingan sesuatu kaum atau sesautu tidak, jika hendak, kestabilan dan keselamatan negara akan terancam.

3. Mencipta Satu Masyarakat Yang Adil.

Semua anggota masyarakat mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kekayaan negara.
Masyarakat yang adil akan wujud di negara ini jika kekayaan negara di bahagikan adil dan saksama. Bagi mencapai tujuan ini pehak-pehak yang lemah akan di bantu supaya mereka mempunyai peluang yang sama untuk bersain dengan pehak-pehak yang lain yang lebih maju.


Masyarakat adil yang kita cita-citakan itu bebas daripada penindasan sesaorang terhadap yang lain ataupun penindasan sesuatu golongan terhadap yang lain.

4. Membentuk Satu Sikap Yang Liberal.

Masyarakat negara ini bebas mengamalkan agama. adat resam dan kebudayaan masing-masing sesuai dengan matalamat perpaduan nagara. Negara kita sesungguhnya mempunyai kekayaan dari segi kebudayaan dan adat resam yang diamalkan oleh masyarakat pelbagai kaum.

Walaupun ada perbezaan, semua anggota masyarakat hendaklah bercita-cita untuk mewujudkan satu masyarakat dimana keadaan berlainan kebudayaan itu boleh menguntungkan dan menjadi sumber kekuatan kapada Bangsa dan Negara Malaysia.

5. Membina Sebuah Masyarakat Progresif.

Kita bercita-cita hendak mewujudkan sebuah masyarakat progresif yang mencapai kemajuan di bidang sains dan teknolagi selaras dengan perkembangan teknologi terkini serta dunia tampa sempadan dan era globalisasi. Dunia kini sedang menyaksikan perubahan-perubahan yang begitu cepat dalam bidang ilmu pengtahuan, sains dan teknologi.

Masyarakat progresif yang hendak diwujudkan merupakan satu masyarakat yang bergerak maju sejajar dengan kemajuan sains dan teknologi yang akhirnya akan menjadikan Malaysia sebuag negara maju sebagaimana matalamat Wawasan 2020.

Teta[pi kemajuan tersebut tidak akan menjadikan rakyat negara ini terkeluar daripada batas-batas agama dan nilai-nilai ketuhanan.

bersambung.