Thursday, December 31, 2009

MENELITI DAN MEMAHAMI RUKUN NEGARA

Sejarah Pembentukan Rukun Negara.

Kedatangan Inggeris dan dasar imigrasi liberal yang di perkenalkan mereka telah menukar bentuk masyarakat negara ini. Kerjaan Inggeris telah mengalakkan kemasukan tenaga buruh dari negara China, India dan Indonisa untuk berkerja lombong dan estet serta berniaga di bandar.

Di bawah dasar 'Pecah dan Perintah' kerjaan kolonial Inggeris, ketiga-tiga kumpulan etnik ini telah di pisahkan dari segi tempat tinggal dan pekerjaan. Kebanyakan orang Melayu tinggal di desa dan berkerja di sektor pertanian.

Semantara orang Cina tinggal di bandar dan melibatkan diri dalam perniagaan. Orang India pula tinggal dan bekerja di estet-estet, hanya sebilangan kecil sahaja yang tinggal di bandar. Ketiga-tiga kumpulan etnik ini pula di pisahkan dari segi pendidikan dengan mempunyai aliran masing- masing tampa sukatan pelajaran atau kurikulum yang sama, keadaan ini berterusan sehinggalah negara mencapai kemerdekaan pada 31 ogos 1957.

Pada tahun 1956 iaitu setahun sebelum kemerdekaan, kekacauan telah berlaku di Pulau Pinang semasa perayaan pemberian taraf bandar raya kapada Pulau Pinang. Perbalahan yang sama turut berlaku di Pangkor pada 1960, di Bukit Mertajam pada 1966 dan Pulau Pinang sekali lagi pada 1967.

Peristiwa-peristiwa kekacauan ini hanya berlaku secara kecil-kecilan sahaja. Langkah dan useha yang serius hanya di mulakan oleh pehak kerjaan setelah berlaku satu rusuhan kaum yang serius iaitu peristiwa berdaragh 13 Mei 1969.

Akibat dari peristiwa ini kerjaan telah mengambil langkah tegas untuk mencari satu formula bagi mengatasi masalah tersebut supaya tidak berulang lagi. Berikutan itu Majlis Perunding Negara telah di tubuhkan oleh Pengarah MAGERAN di bawah Undang-Undang Darurat yang di wartakan pada 29 Januari 1970.

Anggota- anggota Majlis Perunding Negara terdiri daripada seorang Pengerusi ( Allahyarham Tun Abdul Razak, merangkap Pengarah MAGERAN) tiga orang Menteri ( Allahyrham Tun Dr. Ismail, Mendiang Tun Siew Sin dan Mendiang V.T. Sambantan). Wakil-wakil Kerjaan Negeri dan wakil-wakil parti politik.

Majlis ini juga mempunyai wakil-wakil dari kalangan tokoh agama, badan-badan profesional, persatuan guru-guru dan wakil-wakil kumpulan kecil.

Masyuarat pertama telah diadakan pada 27 Januari 1970 yang di pengerusikan oleh pengarah MAGRAN Alahyarham Tun Abdul Razak, setelah berbincang serta mengkaji sedalam-dalamnya selama beberapa bulan, Majlis Perunding Negara tersebut telah merumuskan supaya satu ideologi negara yang mampu mengatasi garis pemisah antara kaum perlu adakan di negara ini.

Berasaskan keputusan tersebut maka lahirlah RUKUN NEGARA yang telah diisytiharkan oleh Yang Di Pertuan Agong ke Empat pada 31 Ogas 1970 sempena ulang tahun ke 13 kemerdekaan Negara.

bersambung.

Wednesday, December 23, 2009

Peranan Umno Kapada Islam, Orang Melayu Dan Nrgara Malaysia

sambungan.

BAB 3

UMNO Dan PAS Jangan Sampai Jadi Macam HAMAS dan FATAH

Dalam dunia masa kini, manusia berperang di sebabkan oleh 5 faktur utama yang perlu diteliti satu persatu.

Pertama, perbezaan agama yang telah menyebabkan Negara-negara Islam berperang dengan orang-orang kafir atau mana-mana agama lain, ini sudah menjadi lumrah masa kini, peperangan yang berlaku di Afghanistan, Palestin, Iraq, Selatan Thailand dan Pakistan.

Kedua, peperangan juga boleh berlaku apabila perbezaan warna kulit antara manusia. Yang warna hitam marah yang warna putih dan sebaliknya sahingga tercetusnya peperangan di Afrika
Selatan dan Amerika Salatan.

Faktur Ketiga adalah perbezaan bahasa dan budaya yang berlaku di antara India dan Sri Lanka dan Negara-negara Timur Tengah.

Faktur keempat adalah perbezaan ideologi dan fahaman politik yang sering berlaku pada masa kini daripada sebuah Negara komunis kapada ala demokrasi yang di perlihatkan lebih adil dan saksama tetapi tidak sepatutnya sedemikian.

Faktur kelima terjadi peperangan adalah kerana kurang kefahaman mengeni agama dan berlaku
pertelingkahan sesama sendiri seperti yang berlaku di Palestin. Di Palestin terdapat dua kuasa besar Hamas dan Fatah yang masing-masing di katakan memperjuangkan Islam dan Tanah Air dari di jajah oleh Yahudi.

Kedua-dua parti politik ini telah bertempur, bergaduh dan mengharungi pilihanraya bersama-sama. Kadang kala Hamas menang, kadang kala Fatah yang menang tetapi kaitan antara mereka sudah jauh walaupun mengaku saudara Islam.

Apabila berkuasa, maka masing-masing telah pun menjalin perhubungan dengan Neagara-negara jiran yang juga Negara Islam dan ikatan ini tidak putus walaupun sudah tidak lagi berkuasa.

Apabila bumi Gaza, Palestin di serang dan di bom oleh tentera Yahudi, Negara-negara jiran yang beragama Islam menghadapi masalah untuk angkat tangan menolong saudara Islam kerana akan membantu parti lawan yang tidak mesra dengan mereka. Kalau di tolong dan menang , mereka munkin akan menyerang kita semula, jadi kita lihat dan tunggu sahaja.

Pertelingkahan UMNO dan PAS masih belum sampai ke tehap tersebut kerana masih belum berlaku pembunuhan atau pergaduhan yang serius hingga menyebabkan kematian antara kedua-dua pehak tetapi bunga-bunga telah mula berputik kerana terlalu taksub dan bertindak mengikut emosi. Ini permasalahan besar yang mesti di tangani oleh pemimpin UMNO dan PAS untuk memastikan Negara kita tidak tergugat.

Yang membezakan kita dengan Palestin juga cukup jelas. Di tanah Palestin, jika Hamas dan Fatah bertempur, rakyat mati tetapi yang akan kekal adalah orang Arab Palestin juga. Di Malaysia sekiranya berlaku pergaduhan besar antara UMNO dan PAS dan yang kini PKR pula, yang akan menang sudah pasti bukan di kalangan orang Melayu dan Islam.

TAKKAN KITA NAK HIDUP MEREMPAT DI DALAM NEGARA SENDIRI AKIBAT PERBUATAN KITA SENDIRI.

Tepuk Dada tanya Iman.

SEKIAN

Tuesday, December 22, 2009

Peranan Umno Kapada Islam, Orang Melayu Dan Nrgara Malaysia

BAB 2

UMNO DAN ORANG MELAYU.

Perjuangan UMNO pula adalah berlandaskan orang Melayu yang sudah termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia. Mengikut definasi orang melayu adalah pertama sekali beragama Islam, mengikut adat resam kebudayaan melayu dan bertutur dalam bahasa Melayu.

Tidak disebut dalam perlembagaan tentang warna kulit dan rupa orang melayu, sebab itulah bila sebut Melayu warnanya dari seputuh-putih manusia sehingga sehitam-hitan manusia.

Asas perjuangan adalah orang Melayu yang bermaksud orang Islam di Malaysia, oleh itu dalam memperjuangkan hak-hak orang Melayu di Malaysia bermaana memertabatkan agama Islam yang juga menjadi agama rasmi Negara ( Persekutuan).

Bila sudah masuk dalam era pembangunan yang melibatkan politik , Negara, ekonomi dan pendidikan, pemimpin-pemimpin UMNO kadang kala lupa tentang Islam, keimanan dan nilai- nilai murni yang di bawa kedalam kehidupan mereka.

Oleh itu di kalangan ahli UMNO di lihat kurang beragama berbanding dengan pemimpin Pas, walhal dalam keadaan sebenar pekara ini adalah tidak tepat.

Membezakan agama daripada kehihupan orang melayu akan membawa parah kapada agama, orang Melayu dan Negara Malaysia sendiri, itu pembangunan rohani dan jasmani adalah merupakan jawapan terbaik dalam pembangunan sesebuah negara, inilah yang menjadi teras pembangunan orang Melayu melalui UMNO selama ini dan asas ini memang telah di terima oleh rakyat berbilang kaum dalam Negara majmuk ini.

Oleh sebab itu ketelusan keadilan dan keikhlasan pemimpin amat penting untuk memastikan perhubungan yang agak rapuh ini boleh bertahan lama . Jika tidak di pupuk di bendung dengan baik, maka risiko pergaduhan amatlah tinggi di kalangan mereka.

Orang UMNO dan melayu faham akan stiusa ini tertapi masih lagi bertindak sebaliknya. Ini semua akan mengundang kegelisahan di kalangan rakyat dan boleh menyebabkan berlaku pergaduhan antara kaum.

Tindakan pemimpin UMNO dan kerjaan dalam menangani keadaan semasa amat kritikal untuk memastikan keadaan tidak menjadi lebih meruncing lagi yang akan merugikan semua pehak.

UMNOlah selama ini mempertahankan hak-hak orang Melayu dan perlu meneruskan useha-useha ini secara berterusan. Masalah sekarang adakah orang Melayu masih percaya dan yakin kapada UMNO untuk membantu mereka dan anak cucu mereka, adakah pemimpin-pemimpin UMNO sekarang ini benar-benar jujur berjuang untuk mereka atau hanya untuk diri sendiri, adakah UMNO ketika ini lebih baik dari PAS dan PKR untuk membela nasib mereka ?.

Adakah orang Melayu membuat pilihan lain dek kerana perbuatan segelintir pemimpin UMNO yang ada sekarang.

Ini semua perlu dijawab oleh ahli MT UMNO dan keseluruhan Ahli UMNO bagi memastikan mereka masih releven di mata orang Melayu atau akan di pinggirkan oleh orang Melayu sendiri.

Monday, December 21, 2009

Peranan Umno Kapada Islam, Orang Melayu Dan Nrgara Malaysia

Bab 1.

PAS adalah Islam, Islam adalah PAS.

Pas telah mengunakan selogan "PAS adalah ISLAM, ISLAM adalah PAS" sejak dari dulu lagi. Dengan selogan inilah maka orang yang memasuki Umno itu sudah pasti kafir. Selogan inilah yang selalu dilaungkan kapada penyokong-penyokong mereka kerana untuk masuk syurga mereka perlu memberi sokongan kapada PAS, Syurga bukan lagi ditapak kaki Ibu tetapi dengan memasuki PAS.

Walau bagaimana semakin banyak selogan itu di gunakan di dapati pengaruh mereka menjadi kurang kerana tidak lansong menyentuh tentang orang Melayu yang rata-ratanya Islam.
Taksubnya penyokong Pas terhadap Islam sahingga kalua nak Islam masuk Pas, pemimpin Pas lupa yang mereka berada di Malaysia dan di Malaysia rata-rata orang Melayu yang beragama Islam.

Ada di kalangan pemimpin Pas yang sanggup mengutuk Melayu kerana bukan Islam Pas. Perbalahan ini tidak mendatangkan hasil kapada Pas dan mereka telah mengubah selogan kapada ISLAM UNTUK SEMUA pada PRU 11 dan PRU 12 untuk membuka ruang yang lebih kapada bukan Melayu.

Dalam hal muslimat pula, Pas pernah mengatakan bahawa suara perempuan adalah aurat maka haram bagi lelaki untuk mendengarnya tampa muhrim. Muslimat Pas tidak digalakan membuat ceramah luar takut di dengari aurat mereka oleh orang lain yang mungkin menyebabkan tidak dapat mengawal nafsu syahwat mereka lagi.

Dulu pemimpin winita tidak boleh di terima dalam Pas, kerana hanya lelaki layak menjadi imam dan ketua dalam Negara bukan perempuan. Tidak mungkin Pas akan mempunyai pemimpin perempuan untuk memimpin mereka pada masa akan datang.

Itu dulu, sekarang Pas sudah berubah kapada lebih moden dan telah pun menerima perempuan
sebagai ketua mereka. Jadi sudah tidak menjadi halangan untuk perempuan atau muslimat Pas
untuk jadi ketua kapada penyokong lelaki Pas. Apa Yang UMNO telah buat kapada wanita UMNO sebagai pemimpin kini sudah di terima oleh Pas.

bersambung.




Wednesday, December 16, 2009

DOSA-DOSA ANWAR DALAM UMNO DAN KERJAAN

SAMBUNGAN.

Tanggal 2 september, 1998, Anwar dipecat sebagai TPM dan ahli Umno tetapi bukan sebagai Timbalan Presiden Umno kerana itu dibuat atas pemilihan perwakilan Umno dan pemimpin Umno.

Setelah 16 tahun dalam Umno dan menyimpan berbillion ringgit semasa menjadi Menteri Kewangan, Anwar kembali untuk menghantui Umno semula. Kepimpinan Umno telah mencuba berbagai cara untuk menunjukkan kapada dunia bahawa Anwar tidak mampu menjadi PM yang baik kerana isu yang telah dikeluarkan.

Kepimpinan Umno masih terus menentang kemaraan Anwar, tetapi rankaian yang telah Anwar masih ujud dikalangan media massa, TV, pensyarah universiti, peguam, ahli politik dan orang-orang beliau terlalu ramai untuk dikesan dan dihapuskan semua.

Kepimpinan Umno mesti mencari jalan dan beruseha untuk memastikan bahawa Anwar tidak akan menjadi duri dalam daging kapada orang Melayu, Agama Islam dan Negara Malaysia.

Anwar telah mengajar tiga pekara kapada Umno/BN,

Pertama : Penggunaan politik wang untuk berkuasa,
Kedua : Demontrasi adalah cara terbaik untuk menjatuhkan kerjaan,
Ketiga : Politik lompat melompat penting untuk menentukan kuasa politik.

Pekara-pekara yang diajar dan ditinggalkan ini masih menjadi igauan kapada UMNO/BN sahingga kini.

Ini adalah satu-satunya dosa beliau terhadap UMNO yang masih belum selesai dan hanya beliau sahaja yang bolih merungkaikan kekusutan yang telah beliau lakukan terhadap perjuangan UMNO.

Tuesday, December 15, 2009

DOSA-DOSA ANWAR DALAM UMNO DAN KERJAAN

Anwarlah yang memulakan politik wang untuk bertanding ketua Pemuda dengan sokongan kuat dari pemimpin Umno sendiri. Gerakan yang dilakukan telah menunjukkan kapada UMNO yang beliau begitu hebat sekali.

Daripada ketua Pemuda, Anwar naik kapada Naib Presiden dan akhirnya Timbilan Presiden UMNO satu langkah sahaja untuk menjadi Perdana Mernteri.

Anwar memberi imbuhan kapada ketua-ketua Bahagian terpilih, Ketua-ketua Pemuda dan ketua-ketua wanita untuk memastikan kedudukan beliau tidak teergugat pada masa itu. Nasib baik Putri UMNO masih belum tertubuh lagi pada masa itu, kalau tidak sudah pasti beliau akan membuat pemilihan beliau tersendiri pula.

Anwar pastikan kedudukan beliau dengan menyusun atur setiauseha politik menteri adalah daripada orang-orang beliau yang akan memberi laporan mengenai kegiatan kesemua menteri- menteri. Beliau meletakkan pegawai-pegawai khas kapada menteri dan timbilan menteri untuk memastikan laluan beliau teratur.

Anwar menyatakan kapada orang Umno bahawa beliau tidak akan melawan Timbilan Presiden UMNO Ghaffar Baba, tetapi dalam masa yang sama menyarankan kapada ketua-ketua bahagian untuk mencalunkan beliau bagi jawatan Timbilan Presiden.

Apabila pencalunan telah dibuat ternyata Anwar telah mendapat kelebihan tiga kali ganda lebih banyak, dimasa yang sama Anwar mengunakan orang dalam beliau yang menjadi Pegawa Khas Ghaffar Baba untuk menenangkan bosnya yang Anwar tidak akan bertanding, jadi tak perlulah buat apa-apa kecoh-kacoh sangat.

Ghaffar Baba letak penoh kepercayaan kapada pegawai Khasnya sahingga masih menyangka disaat akhir yang Anwar tidak akan menenteng beliau. Anwar kemudian berlakun dengan menyatakan ini adalah kehendak ahli bukan kehendak beliau.

Akhirnya Ghaffar Baba keluar dari pejabat Perdana Menteri dengan membawa beg plastik, satu keadaan yang menyedihkan kapada pemimpin akar umbi UMNO.

Mengapa dan bagaimana keadaan ini boleh berlaku sedemekian ?. Ianya hanya boleh berlaku kerana mendapat ehsan kepimpinan Umno sendiri, tidak lebih dari itu.

Akan bersambung.

Wednesday, December 9, 2009

ANWAR MENGUNAKAN BTN SAMBUNGAN

Anwar tau pucuk pimpinan Umno sangat sayang dan taksud terhadap beliau sahinggakan tidak saorang manusia pun boleh menentang kekebalan yang di punyai oleh Anwar Ibrahim selagi mereka berkuasa.

Anwar bebas untuk melakukan apa-apa pun termasuk perbuatan tidak bermoral dan itu pun masih di pertahankan oleh pemimpin Umno sendiri. Begitu kuat ikatan yang telah dibina antara kedua-duanya, sahingga apabila bergaduh retaknya sudah hampir meruntuhkan negara.

Anwar memang perancang yang cekap kerana mendapat latihan daripada kumpulan CIA and Yahudi untuk memastikan beliau pemimpin Islam yang di segani.

Bagi Anwar segala-galanya perlu di rancang dengan teliti kerana dia pada masa itu adalah idola kapada mahasiswa-mahasiswi seluruh dunia Islam. Anwar semasa mula-mula di tangkap di bawah ISA bahawa ketua pada masa itu ada anak gadis yang sedang belajar di luar negara. Maka strategi di buat untuk beliau memberi ceramah di UK dan berkenalan dengan anak ketua tersebut.

Daripada situ Anwar memulakan perancangan untuk kahwin lari dengan isteri beliau sekarang di Siam dengan mengunakan rakan-rakan beliau untuk menukar-nukar kereta sebelum dapat berkahwin di sana. Bila dah kahwin, bapa mertua yang pada mula-mulanya marah dan menyampah kapada beliau akhirnya bagitu sayang kerana telah memberi banyak habuan dan imbuhan kapada kelurga beliau.

Semasa dalam kerjaan, Anwar mual mengambil alih pergerakan pelajar-pelajar Malaysia di luar Negara, pucuk di cita ulam mendatang kerana mereka inilah yang sahingga kini membantu pergerakan Anwar di luar negara, sebab itu dia memanggil balik semua pegawai MSD di luar Negara dan di gantikan dengan orang-orang suruhannya.

Dalam negara, Anwar mengunakan Instituasi kerjaan ( BTN ) untuk melatih kader-kadernya yang terdiri daripada ahli-ahli ABIM dan pemimpin pelajar di semua universiti. Kumpulan pensyarah pula di tarik untuk bersama dengan beliau dengan memberi bon-bon dan "pink form"
syarikat-syarikat terpilih.

Tidak hairanlah kawan-kawan beliau yang pada hari ini naik basikal esok terus bawa kereta Marzedez terbaru. Ini adalah lumrah dalam perjuangan kader-kader beliau.

Thursday, December 3, 2009

ANWAR MENGUNAKAN BTN SAMBUNGAN

Setelah Anwar menguasai keseluruhan BTN dan semua pegawai MSD di luar negara, Anwar mula merancang niat jahatnya untuk menjatuhkan Dr.Mahathir dan sewaktu dengannya.

BTN yang menumpukan kapada pelajar sekolah dan penuntut universiti diarahkan mengubah haluan kapada politik, iaitu buat kursus kapada UMNO, mempastikan ketua cawangan UMNO adalah orang ketua Bahagian, ketua bahagian sudah tentu orang yang dipilih penyokong kuatnya yang diberi bon-bon dan pink form syarikat-syarukat terpilih.

Pusat-pusat pengagian tinggi di masuki oleh ABIM, penuntut universiti di Anwarkan oleh ABIM keluar kampus jadi pegawai kerjaan penyokong Anwar, jadi ahli perniagaan penyokong Anwar,
jadi ahli politik penyokong kuat Anwar.

Ketua-ketua jabatan di hantar berkersus di IKD ( Institut Kajian Dasar) yang di terajui oleh Kamaruddin Jaafar, di Anwarkan semua ketua Jabatan menjadi penyokong Anwar, Pengetua dan Guru Besar sekolah berkursus di Institut Aminuddin Baki Genting, yang di terajui oleh Idris Jauzi, di Anwarkan semua Pengetua dan Guru-Guru Besar.

Semua kursus BTN menaikan Anwar mempaparkan kehebatan Anwar dalam segala hal, sedangkan tidak ada apa yang di lakukan oleh Anwar, cuma dalam kementerian pelajaran di tukarkan kapada kementerian pendidikan itu sahaja.

Selama 15 tahun, Anwar beruseha, berkempen dan merancang dalam selimut tampa di sedari untuk menjatuhkan pemimpin UMNO untuk memberi laluan kapada beliau menjadi Perdana Menteri.

Orang UMNO tau siapa Anwar sebelum ini, orang yang membakar Bendera Negara dan bendera Umno serta memijak-mijak cebisan bendera yang telah dibakar. Ini telah menimbulkan kemarahan dikalangan ahli-ahli Umno dan juga mahasiswa di kampus-kampus kerana tindakan biadap dan kurang sopan terhadap Negara dan Umno pada ketika itu.

Ini kah orang yang di harapkan untuk membela nasib orang melayu, agama Islam ahli Umno dan Negara Malaysia ?.

Namun kerana pemimpin Umno ketika itu dengan merasakan bahawa beliau boleh menukar Anwar menjadi pemimpin Umno yang di sayangi dan di hormati oleh semua lapisan masyarakat.

Selama 16 tahun mencuba sedaya upaya, pemimpin Umno ternyata gagal dalam useha tersebut malah telah memberi bebanan baru untuk pemimpin Umno tertanggung sahinga kini. Semasa dalam Umno dan Kerjaan, Anwarlah orang yang memulakan politik wang dengan memberi imbohan kapada ketua-ketua Bahagian,Wanita dan Pemuda bagi membina empire beliau di dalam Umno yang di bantu oleh Pegawai BTN ketika itu.

Siapa yang memberi segala-galanya kapada Anwar, sahingga siapa sahaja yang ingin menegur Anwar akan di tempelak dan di tukarkan sertamerta, ini berlaku bukan sahaja dikalangan ahli UMNO tetapi di kalangan kakitangan Kerjaan, Polis dan pensyarah atau mana-mana individu yang ingin menceritakan keadaan sebenar mengenai penglibatan Anwar.

Kesemua sekali telah di tapis dan di tolak bulat-bulat oleh pemimpin Umno yang beranggapan ialah orang yang bakal mengantikan kepimpinan Umno satu hari nanti.

Setakat ini dulu akan di sambong.

Wednesday, December 2, 2009

ANWAR MENGUNAKAN BTN

Di awal BTN dulu ektivitinya banyak menumpukan kapada pendidikan, pergi ke sekolah-sekolah dan pusat pengagian tinggi IPTA mengajak terutama pelajar melayu beruseha bersunguh-sunguh dalam menimba ilmu untuk bersain dengan kaum lain.

Kerana kaum lain terlalu jauh kehadapan dari UPSR hingga ke Universiti, rasa tanggongjawab GPMS dan BTN mendekati pelajar-pelajar melayu sahingga ke perkampongan pendalaman untuk mengajak pelajar melayu supaya mampu bersain.

Dengan useha ini dari hari ke hari peningkatan kesedaran pelajar-pelajar melayu terutama diluar bandar sangat memerangsangkan sahingga ada guru-guru merasa banga dan takut untuk mempertahankan kecemerlangan pelajar di sekolah mereka untuk ditahun depannya.

Guru-guru dan ahli GPMS di jadikan sahabat untuk membantu BTN bagi mempertankan kecemerlangan pelajar hingga ke universiti, mereka tidak diberi bayaran hanya sekadar bayaran
minyak kereta sahaja, pada masa itu hampir setiap minggu program dijalankan di sekolah-sekolah kebanyakannya diluar bandar, ada sekolah yang tidak ada asrama peserta dan pasi tidur
diatas meja sahaja, demi untuk Negara, agama dan bangsa.

Program sebagini berjalan beberapa tahun, sahinggalah Anwar menjadi menteri Pelajaran,
pada ini lah Anwar mula mendekati BTN, dan bermulalah sandiwara Anwar dan kuncu-kuncunya memasuki BTN, membawa masuk rakan-rakannya dari ABIM termasuk Hassan Ali
dan beberapa orang bekas Komando dalam kursus-kursus BTN.

Pegawai-lama BTN dikeluarkan, kebanyakannya mereka ini dari kalangan guru-guru dipinjamkan ke BTN, ada diantaranya ditukar ke pendalaman. Mereka ini kebanyakannya ahli GPMS yang telah lama berperang dengan Anwar semasa di U lagi, ABIM ketika itu menyokong
PAS dan GPMS menyokong BN, Anwar tak mahu mereka ini kerana susah untuk mengunakan
mereka untuk kepentingan niat jahat Anwar.

Bukan Pegawai BTN sahaja yang di keluarkan dari BTN malah kebanyakan Pegawai MSD diluar
negara semuanya di tarik balik, mana yang guru balik ke sekolah bagi PTD dihantar ke Jabatan
yang tidak banyak berkaitan dengan masyarakat umum, dan diganti dengan kuncu-kuncunya agar senang untuk Anwar memperkudakan bagi tujuan jahatnya.

Setakat ini dulu akan disambung lagi dari seratah.